Kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan giat dijalankan di Puncak Setiawangsa di sini hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Dua
banglo, masing-masing milik Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri
Zulhasnan Rafique dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaludin
Jarjis, yang terletak di Puncak Setiawangsa, Bukit Setiawangsa
berkemungkinan akan diroboh bagi memberi ruang zon penampan antara
tebing runtuh dan rumah-rumah berhampiran.
Ketua
Pegawai Operasi Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) Mohd Taufik Harun
berkata, sebelum sebarang tindakan diambil pihaknya perlu mendapatkan
semua maklumat berkenaan keadaan tanah dan cerun tersebut.
"Orang
boleh bagi pelbagai cadangan, tetapi kami akan mencari penyelesaian
sebenar," katanya di Pusat Operasi Bencana Tebing Runtuh di sini hari
ini.
Beliau
berkata langkah tersebut bertujuan menyelamatkan empat rumah lain yang
terletak di atas bukit dan mengurangkan tekanan tanah di atas bukit.
"Buat
masa ini kita lihat tiada kesan teruk akan berlaku terhadap rumah
penduduk di kawasan atas tapi yang kita dikhuatiri adalah rumah penduduk
yang
berada di bawah tebing cerun," katanya.
Menurut beliau hari ini pergerakan tanah masih aktif tetapi tidak seaktif Ahad.
"Tindakan
segera sekarang kita perlu musnahkan banglo yang terjejas itu sebab
akan sebabkan runtuhan tanah lebih teruk dan kita akan cuba alihkan
bongkah konkrit yang berat kira-kira 8,100 kilogram secara
perlahan-lahan," katanya.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.