Followers

Friday, January 4, 2013

BN Selangor yakin menang 30 kerusi ?

 
SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) yakin akan dapat memenangi 30 kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi.

Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, keyakinan itu adalah berdasarkan pelbagai program yang telah dilaksanakan.

Menurutnya, dengan isu air yang semakin serius antara faktor rakyat sudah beralih kpada BN.
"Kita yakin untuk menang sekurang-kurangnya 30 kerusi untuk menawan kembali Selangor. 

BN juga sudah bersedia untuk hadapi pilihan raya seolah-olah PRU13 akan berlaku hari esok," katanya kepada media sempena mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin dalam lawatan ke Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua di sini, hari ini.

Sementara itu, Noh turut mengulas berkenaan isu air yang melanda negeri itu dan menyifatkan kerajaan negeri bersikap tidak acuh dalam menyelesaikan kemelut tersebut.

"Kerajaan negeri seolah-olah tidak serius. Kerajaan persekutuan sudah mewujudkan jawatankuasa khas bagi memantau kemelut air," katanya.

Kata beliau, apa yang dilakukan kerajaan hari ini adalah perancangan jangka panjang.

"Kita berfikir sehingga tahun 2020, tidak seperti kerajaan negeri yang hanaya berfikir untuk jangka pendek.

"Jika kerajaan negeri tetap berdegil, tiada pelabur untuk Selangor dan boleh menyebabkan negeri menjadi mundur," katanya.

-sinarharian.com

Malaysia Chronicle

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.