MELAKA 21 Jan. - Satu peraturan atau undang-undang melarang penggunaan nama Islam oleh sesebuah parti politik perlu diwujudkan agar tidak dimanipulasi dan disalahguna sesetengah pihak demi kepentingan politik, kata bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik.
Beliau berkata, parti yang menggunakan nama Islam boleh merosak dan memburukkan kedudukan, imej serta reputasi agama itu sendiri.
Merujuk penggunaan nama Islam pada Parti Islam Semalaysia (Pas), beliau berkata, parti itu menggunakan nama Islam semata-mata untuk kepentingan politik mereka.
SEJARAH:
Sejarah Datuk T. Dia Seorang Perogol
Nak harapkan PDRM..? Alahai... !! Lupakanlah beb... Ta'kan dah lupa... Ketua Polis Negara adalah kepala haramjadah number satu negara..!! Cerita Sultan ni pun senyap beb...
![]() |
| Abdul Rahim Tamby Chik dan Noryati Binti Mohamad Yusop |
Nenek Mangsa Rogol Rahim tamby Chik meluahkan isi hatinya
"Kenyataan
Sabri bin Mohamed Yasin Bagi Pihak Ibunya Pendek binti Ahmad, Nenek
Kepada Noryati Binti Mohamad Yusop, Mangsa Rogol Yang Terlibat Dengan
Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik Di Hotel Belmount, Melaka Pada 3hb November 1999
Saya
tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai
hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5
tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit
dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah
di depan tuan hakim.
Cucu
saya, telah membuat satu kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan
keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada
29hb Oktober 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas
Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994.
Saya
amat terkejut dengan kenyataan cucu saya ini kerana sepanjang 5 tahun
ini, cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri
Rahim semasa cucu saya masih berumur 15 tahun.
Cucu saya juga
memberitahu ahli keluarga dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang
lelaki pertama yang melakukan hubungan sulit dengannya.
Oleh
kerana cucu terlibat dengan Tan Sri Rahim, dia ditahan oleh pihak polis
pada akhir bulan Ogos 1994 sehingga saya sebagai nenek yang
membesarkannya tidak dapat berjumpa dengannya.
Saya hairan mengapa pihak
polis dan kerajaan BN boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan
sedangkan mereka yang merogolnya bebas tanpa dipenjarakan.
Ini boleh
dilihat selepas 14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis
bawah umur di mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya dibebaskan.
Akibat peristiwa hitam itu, cucu saya telah melahirkan seorang anak
perempuan pada 1995.
Oleh
kerana tidak dapat menjumpai cucu saya, saya telah meminta bantuan
daripada Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka YB Lim Guan Eng yang berjaya
memaksa pihak polis membenarkan saya melawat cucu saya.
Saya amat kesal
dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat keadilan untuk
cucu saya telahpun dipenjarakan di Penjara Kajang pada 25hb Ogos 1998
dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen.
Dalam
kes mahkamah Lim Guan Eng yang mulai pada 20hb Jun 1995, Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah Mok Siew Hoong menyatakan bahawa cucu saya telah
mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Pada 27hb
Februari 1997, cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang
saksi kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan
Sri Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya.
Selepas
itu cucu saya, semasa berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan
Sri Rahim ada hubungan sulit dengannya.
Malah, cucu saya telah membuat
satu ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 27hb
Januari 1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan seperti
berikut:-
"Saya
merasa sungguh kesal atas apa yang telah berlaku di masa lampau, dan
merasa sungguh sedih sekali kerana YB Lim Guan Eng kini telah
dipenjarakan.
Apa yang beliau cuba lakukan hanyalah untuk membantu saya.
Tetapi beliau sendiri pula menjadi mangsa. Semua ini sungguh tidak
adil. Saya berdoa semoga keadilan akan dikembalikan kepada YB.
Malam
ini, saya telah membawa dua surat rayuan, satu kepada Yang Di Pertuan
Agong dan satu lagi kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka, meminta supaya
YB Lim Guan Eng diampunkan dan dibebaskan segera supaya meneruskan
tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen sejati Malaysia.
Saya
meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang Parlimen boleh
membantu sampaikan surat-surat rayuan saya ini kepada kedua-dua pihak
itu."
Saya
tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai
hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5
tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit
dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah
di depan tuan hakim.
Saya
berasa hampa, malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu
saya.
Tetapi saya berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya
boleh membelakangkan kebenaran dan keadilan dengan melupai jasa baik YB
Lim sehingga bersedia bohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan
sulit dengan Tan Sri Rahim.
Nyata sekali, ini adalah satu lagi
konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi kepentingan politik.
Saya
masih mengingati cucu saya begitu tersiksa semasa ditahan di Pusat
Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri banyak kali.
Dia
memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya melarikan diri
daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas, kasih sayang
keluarga kami kepadanya tidak dibalas.
![]() |
| Lim Guan Eng ditangkap kerna membantu mangsa yang dirogol olih Rahim Thamby Chik |
Apa yang dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan Eng
yang telah kehilangan begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana cuba
mempertahankan hak cucu saya ini.
Saya tidak boleh lupa betapa susah
anak-anak dan isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka semasa
dipenjara. Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada YB Lim atas apa
yang cucu saya telah lakukan.
Saya
juga berhasrat memberikan jaminan kepada YB Lim bahawa keluarga kami
sentiasa mengenang pengorbanan beliau dan mengingati kesediaan beliau
menanggung segala penderitaan dan kerugian kewangan demi membantu sebuah
keluarga Melayu miskin yang dianiayai oleh kezaliman kerajaan BN.
Kami
tidak akan lupai YB Lim adalah satu-satunya orang yang bersedia
menegakkan keadilan untuk kami bila tidak ada seorang pun yang berani
tolong sama kami.
Semoga Allah S.W.T boleh memaafkan cucu saya.
Pendek binti Ahmad
Sabri bin Mohamad Yasin
Alamat: Batu 13, Kampung Sungai Petai, 78000 Alor Gajah, Melaka .
Kerajaan Rakyat



No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.