Followers

Monday, January 14, 2013

Berita PANAS yang ditunggu Ameno...

 
Ini sebenarnya yang Umno tak faham-faham dan tak akan faham...

Bagaimana Pakatan Rakyat dapat menghimpunakan ratusan ribu peserta dalam satu majlis gilang gemilang seperti HKR 112 ini tanpa menyogokkan peserta mereka dengan bas percuma, atau beras sekampit dua, atau nasi bungkus percuma dan paling lekeh pun dengan duit poket sorang sepuloh atau dua...

Malah lebih menghairankan Umno dan sepupu sepapat mereka, para peserta pulak yang dirayu untuk menderma bagi menampung aktiviti Pakatan Rakyat demi kelangsungan perjuangan parti membela pertiwi...

(Mohamad Sabu, pengarah himpunan memberikan ucapan)

Saya bukan nak bayar, saya nak minta - Mohd Sabu
KUALA LUMPUR: Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112), Haji Mohamad Sabu berkata, ada pihak yang mendakwa setiap peserta himpunan ini dibayar RM150.
"Mereka kata, setiap peserta himpunan ini dibayar RM150 seorang. Betul atau tidak," tanya Mohamad Sabu dengan disambut "tidak" oleh peserta perhimpunan.
"Saya bukan nak bayar tuan-tuan, tetapi saya nak minta duit dari tuan-tuan. Boleh atau tidak," yang disambut dengan "boleh" oleh ratutsan ribu yang memenuhi stadium ini.
Beliau kemudiannya melancarkan kutipan derma dari semua yang hadir dengan sasaran setengah juta ringgit. Kata beliau, derma ini diperlukan untuk membayar bil penggunaan Stadium Merdeka dan sebagainya.
Mohamad Sabu berkata demikian ketika memberikan ucapan aluan di HKR112 di Stadium Merdeka.

(Stadium Merdeka yang penuh sesak)

Sebelum beliau, penyanyi Ito menyampaikan dua lagu iaitu Ubah dan sebuah lagi lagu. Sastrawan Negara, Datuk A Samad Said telah mendeklamasikan satu sajak yang beliau sifatkan sajak kini menjadi senjata.
 
Pengacara majlis, Datuk Johari Abdul memaklumkan, pihak penganjur terpaksa membayar RM100,000 untuk menggunakan stadium ini.
"Saya difahamkan, jika kita guna stadium di Kota Bharu kita perlu bayar RM8,000 sahaja," katanya.
Dalam ucapan itu juga, Mohamad Sabu merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pengelola Stadium Merdeka yang membenarkan himpunan ini diadakan.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang memberikan kerjasama.

Turut diucapkan terima kasih adalah polis yang telah memberikan kerjasama untuk membolehkan himpunan ini diadakan.
"Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu Datang ramai-ramai, selamatkan negaraku," kata Mohamad Sabu.
Menurut beluau, selain Kuala Lumpur, turut mengadakan perhimpunan kali ini adalah bandaraya seluruh dunia termasuk Melbourne, Auckland, London, Jordan dan juga lain-lain. ~ Harakahdaily
 
 
Shalehudin

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.