Aku dah agak dah...
Berahim Ali tu takat sembang kencang ja...
Ingat negara tak dak undang-undang ka...??
Dan yang lebih pentingnya, Islam ada ajar ka bakar kitab agama lain...??
Jelas, ini bukan kerja rakyat yang bertamadun, pencetusnya juga
berfikiran jumud... bagai katak dibawah tempurung... Dan hanya
katak-katak yang sama spesis saja yang akan membuat bising yang amat
kuat, lebih-lebih lagi katak puru atau katak longkang.... namun
kosong....
Tahniah rakyat Malaysia kerana tidak mudah termakan
politik kebencian yang ditanam oleh Umno neh..... Tahniah! ini semua
kerja orang umno. Rakyat malaysia sudah boleh berfikir mana yang baik
dan yang mana tak baik...
Acara 'bakar Bible' di P Pinang tiada sambutan
Acara membakar bible yang didakwa akan berlangsung pada jam 10 pagi di Butterworth, Pulau Pinang hari ini didapati tidak berlaku seperti digembar-gemburkan.
Wartawan hadir ke Dewan Datuk Ahmad Badawi – tempat acara itu didakwa akan dilangsungkan – sejak jam 9.30 pagi dan mendapati ia dikawal beberapa orang anggota polis.
Setengah jam kemudian, seorang pegawai polis membertahu wartawan bahawa
ketua polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi akan mengadakan satu
sidang media.
"Sah, tak jadi (acara bakar Bible)," kata pegawai tersebut yang meminta wartawan menuju balai polis Butterworth untuk sidang media berkenaan.
Abdul Rahim dalam sidang medianya selepas itu berkata beliau bersyukur kerana acara berkenaan tidak berlaku pada hari ini.
Katanya beliau berterima kasih, terutama kepada masyarakat Islam Melayu kerana tidak menyertai acara berkenaan.
"Sebagai (ketua polis negeri) yang bertanggungjawab ke atas keselamatan di sini, saya menggesa semua pihat agar tidak membangkitkan isu keagamaan dan kebudayaan yang boleh menjejaskan keharmonian negara," katanya lagi.~ Malaysiakini

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.