BR1M,
projek kecil pada saat-saat akhir seperti pemberian tangki dan zink
serta ceramah dan ucapan yang menyuruh rakyat untuk terus menyokong kerajaan; dilihat hanya 40% mampu meningkatkan sokongan rakyat Sabah.
Kebangkitan
rakyat kini sukar dibendung. Rakyat Sabah sudah sedar bahawa selama
mereka telah ditipu oleh UMNO yang dikatakan membelakangi perjanjian
penubuhan Malaysia dan perkara 20.
STAR
Sabah telah banyak membongkar rahsia ini agar rakyat seluruh pelusuk
negeri Sabah sedar akan hak-hak mereka yang telah lama dinodai.
Program
BTP yang dianjurkan dari kampung ke kampung kian mendapat sokongan
rakyat yang inginkan perubahan terutama golongan belia.
STAR
dilihat memperjuangkan Agenda Borneo yang selama ini diperjuangkan oleh
Parti Bersatu Sabah, namun bezanya adalah, PBS sudah tidak mampu
bersuara lagi untuk rakyat Sabah dan sukar untuk menuntut hak rakyat
Sabah.
Kebanjiran
Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang tidak mampu dibendung lagi,
membuatkan rakyat muak dengan perjuangan PBS. Tidak terkecuali dengan
isu royalti minyak yang tidak diterima oleh pemimpin UMNO di Semenanjung
dengan menyatakan bahawa Petronas akan lingkup jika memberikan royalti
20% kepada negeri pengeluar.
Selain
dari itu, banyak kemudahan yang terlalu lama untuk diluluskan terutama
di kawasan PBS; namun apa yang berlaku, kawasan UMNO sangat mudah untuk
mendapat peruntukan.
Sebagai
contoh, penduduk setinggan di kawasan tawau yang mencuri elektrik dan
diserbu oleh SESB Tawau. Mereka telah diberikan bekalan elektrik tidak
sampai 2 bulan. Kawasan berkenaan adalah kawasan UMNO
Isu kalimah 'ALLAH' yang mengguris hati penganut Kristian
langsung tiada komen daripada PBS yang seolah-olah mengiyakan perkara
ini. Inilah dia yang sering membelengu perasaan rakyat Sabah tulen.
Mereka seolah-olah dianak tirikan.
PKR, PPS dan APS serta SAPP juga melancarkan serangan bagi menggamit sokongan rakyat Sabah dengan siri jelajah mereka dan diikuti penyertaan Ketua Pemuda PBS Sekong ke PKR.
Di
samping itu, rakyat kini keliru untuk mengundi siapa? Semua parti
terutama pembangkang menunjukkan manifesto masing-masing.
Seandainya
penyokong pembangkang terbahagi kepada 3 bahagian, maka ini menjadikan
satu kelebihan bagi parti pemerintah.
Namun
seandainya rakyat bersatu hati untuk memilih parti yang benar-benar
memperjuangkan hak negeri Sabah, maka Semangat 1985 bakal berlaku
kembali di mana Parti Bersatu Sabah pada ketika itu, menang sungguhpun
mereka baru berusia 40 hari.
SAPP
dilihat telah melaksanakan banyak program kemasyarakatan tidak seperti
parti pembangkang lain. Namun apa yang harus dilakukan oleh para
pengundi kelak?
Siapakah
parti yang boleh dipercayai untuk membela mereka selama 5 tahun dari
sekarang dan mengembalikan autonomi Sabah? INI KALI LAH kita TUKARRRRR!.
LAWAN TETAP LAWAN!.
Menurut
analisa secara rambang, adakah angka 13 ini adalah angka keramat kerana
; Parti USNO ditumbangkan oleh Parti BERJAYA pada tahun 1976 di mana
7+6 = 13; Parti Berjaya ditumbangkan oleh PBS pada tahun 1985 di mana
8+5 =13; PBS ditumbangkan oleh UMNO pada tahun 1994 di mana 9+4 =13 dan
kali tahun 2013 di mana hujungnya 13.
Maka pada tahun ini GELOMBANG 13 bakal berlaku di Sabah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.