Followers

Monday, January 7, 2013

Ambik kau, berbelit lidah orang UMNO nak elak 1 jam siaran langsung! - senik

 
Assalamualaikum,,.

Menteri pelebongan (penerangan) Rais Yatim sudah menunjukkan sikap kebudak budakannya ketika meminta TGHH jangan macam macam sebaliknya menerima keputusan majlis fatwa yang menyesatkan amanat Hadi yang pula dijadikan alasan kononnya tidak dapat memenuhi permintaan TGHH untuk bersiaran langsung.

Amboi Rais, undang undang ALLAH pun tak nak ikut ketika menyiarkan berita berita macam macam, apabila tiba permintaan untuk 1 jam siaran langsung hanya untuk memberi penjelasan yang terang dan jelas mengenai amanat Hadi, keputusan majlis fatwa pulak nak diikuti. Kepala otak hang!

Baru beberapa hari setelah permintaan mudah TGHH, sudah berbagai alasan atau auta yang dikeluarkan UMNO menerusi berbagai bagai lapisan pimpinannya. Macamlah TGHH minta wang RM207 billion, macamlah TGHH minta Rais mengaku yang dia rogol amahnya, macamlah TGHH minta Rais mendedahkan berapa banyak jambatan yang sudah dibakarnya.

Ini cuma 1 jam siaran langsung di RTM yang dimiliki oleh rakyat sesuai dengan serangan amanat Hadi yang dilakukan hari hari di berbagai media pengampu UMNO.

Susah sangat ker nak tunaikan permintaan mudah TGHH itu? Sehingga berbelit belit lidah puak gerabak UMNO memberi alasan dan auta yang antaranya kelakar gila!

Nampaknya nak sampai sebulan selepas permintaan ini, lidah puak gerabak UMNO ini boleh tumbuh dua atau tiga mencari alasan alasan lain untuk mengelakkan TGHH diberi ruang 1 Jam yang dimintanya.

Lepas ini mungkin kita akan lihat akan benarnya kata kata A Samad Said, orang UMNO ada dua lidah dan satu telinga!
 
 
-tranungkite-/Kerengga

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.