Kau ada banyak ni?
Tapi, anak kesayangan pemimpin rejim mestilah ada!
Saksi daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Amanah Saham Nasional (ASN) Berhad dalam perbicaraan tuntutan Mutaah bekas menantu Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah hari ini bahawa Mahmud Abu Bekir Abdul Taib memiliki aset simpanan RM1.3 juta dalam KWSP dan 400 ribu unit saham dalam ASN.
Saksi
daripada KWSP, Anisah Bt Jaafar, 39 mengesahkan akaun milik Mahmud Abu
Bekir tersebut yang mula dicarum sejak 1992 hingga tahun 2012 adalah
berjumlah sebanyak RM1,367,584.66 (yang terkini) serta pernah
dikeluarkan sebanyak dua kali iaitu pada 1998 (RM158,312) dan 2011
(RM1,874,331).
“Ya, jumlah terkini dalam akaun KWSP milik Mahmud Abu Bekir Abdul Taib ialah sebanyak RM1,367,584.66.
“Beliau
juga pernah membuat pengeluaran sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1998
dan 2011,” kata Anisah yang juga penolong pengurus caruman KWSP.
Menurut
Anisah lagi, caruman terkini ke atas defendan Mahmud Abu Bekir dibuat
oleh dua syarikat iaitu Cahaya Mata Sarawak Berhad (CMSB) sebanyak
RM4,600 bulanan dan Titanium Project Management Sendirian Berhad
sebanyak RM9,200 setiap bulan.
Selepas
keterangan daripada saksi KWSP, Bazit Othman, 51 yang merupakan
pengurus perhubungan ASN mengambil tempat di kandang saksi dan
memberitahu bahawa defendan, Mahmud Abu Bekir memiliki sejumlah 404,226
unit saham dalam ASN dan juga Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Bagi
saham ASN, Mahmud Abu Bekir memiliki sejumlah 149,888.17 unit saham
yang dikira mengikut nilai pasaran semasa dan saham ASB pula sejumlah
389,237.83 unit yang dikira mengikut harga pasaran tetap pada RM1
seunit, menurut Bazit.
“Beliau
memiliki jumlah keseluruhan 404,226 unit saham di ASN yang mana
149,888.17 adalah di ASN dan 389, 37.83 unit lagi di dalam ASB,” kata
Bazit.
Tambah Bazit, kedua-dua akaun tersebut telah didaftarkan sejak pada 2 Februari 1990.
Sementara
itu, pegawai bank CIMB, Sia Kwai Buay, 58, mengesahkan bahawa Mahmud
Abu Bekir memiliki sejumlah RM5,751,557.53 dalam akaun semasanya dan
RM3,008,663.1 di dalam akaun deposit tetap.
Bekas
menantu Taib Mahmud, Shahnaz Abdul Majid ketika ini sedang menuntut
RM100 juta untuk Mutaah, berikutan perceraian mereka, dan RM300 juta
tuntutan bagi harta sepencarian.
Pasangan
tersebut bercerai Mei lalu dan perbicaraan yang berjalan sejak 2011 ini
adalah bagi menuntut sejumlah RM400 juta daripada bekas suaminya itu.
Shahnaz,
kakak kepada penyanyi jazz terkenal, Shiela Majid dalam perbicaraan
sebelum ini mendakwa bekas suaminya itu mempunyai 111 akaun bank dari
seluruh dunia, termasuk di Kanada, Amerika Syarikat, Kepulauan
Caribbean, Perancis, Monaco, Switzerland, Luxembourg, Malaysia, dan Hong
Kong.
Jalan Pulang
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.