Followers

Saturday, December 8, 2012

Video: DUN Pelangai Kawasan 'MB Pahang' Mundur Dan Ketinggalan Sejak 55 Tahun BN Memerintah !!






 
[Dalam masa UMNO Pahang turun berkempen ke serata pelosok mengatakan negeri ini akan maju, sebaliknya kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai yang diwakili Menteri Besar (MB), Dato' Sri Adnan Yaakob sendiri jauh ketinggalan. 

Antaranya kira-kira 70,000 penduduk di kawasan berkenaan dinafikan kemudahan seperti hospital, bank, balai Bomba dan Penyelamat selain jalan utama sebagai perhubungan sangat teruk. 

Kesusahan yang ditanggung penduduk ini menyebabkan mereka terpaksa menyelesaikan urusan dengan pergi mencari alternatif lain iaitu Triang atau ke Bahau dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan. 

DUN Pelangai ialah salah satu daripada empat DUN dalam Parlimen Bentong selain daripada Ketari, Bilut dan Sabai. Kawasan tersebut meliputi tiga kawasan Felda berpeneroka iaitu Chemomoi, Sungai Kemahal dan Kemasul selain banyak ladang Felda Plantation. 

Terdapat juga lima buah kampung dan pekan kecil. Orangkacamata "turun" ke DUN Pelangai dan meninjau sendiri "kemajuan" kawasan MB itu. Wawancara bersama Ustaz Abdul Hamid Bahatim, Yang DiPertua PAS Kawasan Bentong].

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.