Penulis setuju sangat
kamera AES ni dicabut saja. Bahaya kamera AES ni! Sekali snap silau
mata. Lagi bahaya kepada pemandu yang latah! Tak ke terkejut kawan tu!
Lepas tu kena saman.
Banyak kamera AES ni
nak di letakkan, sampai 831biji. Ini bukan dah nak kawal speed limit
untuk benteras kemalangan maut. Ini dah bisnis cari duit!! Galakkan
rakyat beli kereta besar,baru dan mewah tapi nak paksa rakyat bawa
kereta macam bawa kereta lembu!
Eloklah apa yang
kerajaan Selangor nak buat tu. Kalau perlu diselendangkan kamera tu,
selendangkan! Kalau perlu cabut, cabut jelah! Tok Solah dahlah letak
kamera itu tanpa kebenaran di tempat yang salah, cabar pula kerajaan
Selangor bawa ke mahkamah!
Ewah!! Macam orang luar bina rumah di tanah
orang tanpa keizinan, tuan tanah suruh buka balik, dia yang menceroboh
pula cabar tuan tanah bawa ke mahkamah! Kalau tuan tanah cabut,
vandalisme konon! Eh...tanah dia, dia suruh buka, buka je lah!
Hai...macam-macam gila ada di Malaysia ni selagi Umno memegang tampuk kuasa!
Dahlah begitu, JPJ
sub-kon pulak AES kepada kroni UMNO. Manalah rakyat tak sakit hati!
Rakyat yang jenuh membayar saman setiap kali memandu di atas jalan,
kroni Umno dan Umno yang untung. JPJ hanya 'cekak pinggang', lama-lama
JPJ tak ada kerja macam pekerja JKR, semua Road care yang buat!
Jadi, Tok Solah, pencen jelah, pergi ke laut lagi bagus!
AES: Tak setuju pergi mahkamah, jangan cabut
G MANIMARAN 6 Disember 2012.
KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
, Datuk Solah Mat Hassan yakin mana-mana kerajaan negeri termasuk Selangor yang
tidak bersetuju dengan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan
menghormati undang-undang, bukannya bertindak di luar lunas perundangan.
Sehubungan
itu kata beliau, sekiranya Kerajaan Negeri Selangor merasakan bahawa AES
dipasang dengan tidak mematuhi peraturan Pihak Berkuasa Tempatan, pihak
berkenaan boleh membawa isu berkenaan ke mahkamah.
"Kita
(JPJ) orang yang menguatkuasakan undang-undang... mengapa kami hendak langgar
undang-undang? Kalau ada yang tidak kena, kami akan ikut.
"Tetapi
jangan mengatakan, hendak mengancam, hendak cabut... ini untuk kebaikan
pengguna, mengapa hendak mengancam.... apa motif (mereka) sekarang," kata
beliau kepada Sinar Harian Online selepas program Dialog TV1
malam tadi.
Program
sejam itu membicarakan pelaksanaan AES yang dikuatkuasakan sejak akhir
September lalu. Ia sebahagian daripada siri penerangan mengenai AES yang
mencetuskan kontroversi sejak kebelakangan ini.
Di peringkat awal, kamera AES telah dipasang di 14 lokasi. Ia akan diperluaskan sehingga 831 lokasi dalam waktu terdekat.
Di peringkat awal, kamera AES telah dipasang di 14 lokasi. Ia akan diperluaskan sehingga 831 lokasi dalam waktu terdekat.
Katanya,
JPJ sedia mengadakan perbincangan dengan mana-mana PBT jika mereka mendapati
pemasangan dan pelaksanaan AES melanggar peruntukan undang-undang kerajaan
tempatan.
"Kalau
hendak, kami akan menulis surat untuk mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang,"
kata beliau yang masih yakin bahawa "AES yang sudah dipasang tidak akan
dicabut."
"Cabut
itu satu hal berkaitan vandalisme, tapi saya fikir mereka tak akan cabut...
mereka sendiri ada berkata sistem ini baik bagi keselamatan orang ramai...
mengapa hendak dicabut," katanya lagi.
Pagi
tadi, Sinar Harian Online membawa laporan Kerajaan Negeri Selangor akan
menutup dua kamera AES di Kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
dan berhampiran jalan Bangi ke Cyberjaya esok.
Menteri
Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri akan
melakukan dua peringkat sebelum menanggalkan kamera tersebut iaitu menulis
surat kepada Kementerian Pengangkutan di samping menutup kamera itu agar tidak
berfungsi.
“Peringkat
pertama tulis surat sudah lepas, peringkat kedua kita sarungkan kamera supaya
tidak berfungsi, kemudian kita tulis lagi surat.
“Jika
dalam dua minggu, tiada sebarang respons atau permohonan dibuat oleh
Kementerian Pengangkutan barulah kita membuat keputusan menanggalkan tiang tersebut
supaya tidak boleh digunakan lagi,” katanya.
Abdul
Khalid berkata, Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) sebelum ini sudah beberapa
menulis surat kepada kementerian terbabit tetapi tiada sebarang maklum
balas diterima.
Kelmarin,
Kerajaan Negeri menyifatkan kamera AES dipasang sewenang-wenangnya dan tidak
mengikut pemerhatian, analisis dan kajian oleh Institut Penyelidikan
Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) seperti dijelaskan Menteri
Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.
Pengerusi
Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie
Liu menegaskan bahawa pemasangan dua kamera AES di negeri tersebut didakwanya
tidak dipasang di lokasi ‘hot spot’ kemalangan.
Beliau
berkata, kedua-dua kamera tersebut berada di kawasan Sepang dan kini telah
diberikan notis oleh PBT, MPSepang dalam tempoh 14 hari untuk mengemukakan
Kebenaran Merancang atau berdepan dengan tindakan dicabut.
Berdasarkan laporan media sebelum, kerajaan-kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) tidak bersetuju kamera AES dipasang di negeri masing-masing.
Berdasarkan laporan media sebelum, kerajaan-kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) tidak bersetuju kamera AES dipasang di negeri masing-masing.
Mengulas
lanjut, Solah berkata, syarikat kontraktor kamera AES telah memaklumkan
MPSepang bahawa kelulusan telah diberikan kepada pihaknya oleh Lembaga Lebuh
Raya (LLM) untuk menjalankan kerja-kerja pemasangan sistem tersebut.
Katanya,
di bawah perjanjian dengan syarikat-syarikat kontraktor, syarikat kontraktor
terbabit perlu mendapatkan segala kebenaran dan kelulusan yang diperlukan.
"Jika
ada pihak yang tidak berpuas hati, di Malaysia ada saluran... boleh bawa ke
mahkamah, jangan belasah, buat ancaman," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.