Followers

Monday, December 10, 2012

TERKINI! Video Himpunan Kebangkitan Rakyat Kerdau!


Monday, December 10, 2012

TERKINI! Video Himpunan Kebangkitan Rakyat Kerdau!




Siri Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Pahang yang diadakan malam tadi di Kerdau dalam parlimen Temerloh berjaya mengumpulkan lebih 35,000 rakyat pelbagai kaum dari seluruh negeri ini termasuk ada di antaranya yang datang sejauh Selangor dan Kuala Lumpur yang bermula sejak jam 3 petang semalam.

Kehadiran yang sungguh memberangsangkan ini merupakan petanda bahawa kebangkitan rakyat sudah tidak dapat disekat lagi, jelas menunjukkan rakyat kini sudah bersedia menukar kerajaan persekutuan dalam pilihanraya umum akan datang.

Dalam ceramah yang diadakan di markas PAS di Darul Hikmah ini, ketiga-tiga pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat iaitu Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mewakili Presiden, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang hadir menyampaikan pidato yang membakar semangat rakyat menuntut kebebasan dan keadilan daripada kezaliman Umno dan Barisan Nasional (BN) sejak mencapai kemerdekaan pada 1957.

Anwar dalam pidatonya menggariskan enam tawaran Pakatan Rakyat di peringkat persekutuan dan tiga di peringkat negeri seperti yang berikut:

Dalam tawaran peringkat negeri Pahang yang ditandatangani Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi DAP negeri, Leong Ngah Ngah dan Pengerusi KEADILAN negeri, Fauzi Abdul Rahman, Pakatan Rakyat berjanji akan menyelesaikan masalah tanah di negeri Pahang.

Mereka berjanji akan menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah dan rumah kediaman serta menstruktur semula Kampung-kampung Baru dan Kampung Tersusun.

Selain itu, Pakatan Rakyat negeri juga berjanji untuk menyelesaikan permohonan tanah yang tertunda sekian lama dipohon oleh rakyat Pahang sekiranya permohonan tersebut benar-benar layak, wajar dan memenuhi syarat.

Untuk kebajikan Orang Asal, Pakatan Rakyat negeri turut menawarkan untuk mewartakan tanah komuniti Orang Asal agar tidak dicerobohi sewenang-wenang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Terdapat juga berita baik untuk para pemilik tanah pertanian di mana Pakatan Rakyat negeri berjanji akan memudahkan urusan pertukaran status tanah pertanian kepada lot perumahan atau bangunan.

Sekiranya BN ditumbangkan, rakyat Pahang turut bakal menikmati penurunan cukai pintu dengan mengambil kira peningkatan hasil  hutan dan maneral setelah perlaksanaan konsep ‘bebas rasuah’ dalam pentadbiran kerajaan.

Pakatan Rakyat Pahang turut berjanji untuk melaksanakan sistem tender terbuka bagi semua hasil utama negeri.

Tawaran Pakatan Rakyat persekutuan pula berkisar kepada nasib generasi kedua dan ketiga Felda, royalti minyak kepada Pahang dan perhatian khusus kepada pembangunan prasarana kemudahan asas di kawasan pedalaman Pahang.

Sekiranya menjadi kerajaan selepas PRU13, Pakatan Rakyat bakal menempatkan peserta Felda Plantation di kalangan warga Generasi Kedua, ketiga Felda, anak Pahang, bekas staf Felda, bekas anggota Polis dan Tentera serta mengembalikan fungsi asal penubuhan Felda.

PR juga berjanji akan memberikan royalti minyak sebanyak 20% setahun kepada kerajaan Pahang setelah pengeluaran minyak beroperasi nanti berbanding dengan tawaran Perdana Menteri, Najib Altantuya yang hanya memulangkan sejumlah wang ehsan kepada negeri.

PR juga berjanji untuk memberi perhatian yang serius dalam meningkatkan prasarana kemudahan asas yang berkaitan dengan perhubungan darat antara bandar dengan menyempurnakan kerja-kerja menaiktaraf jalan yang terbengkalai.

Antara jalan yang disebut dalam tawaran yang ditandatangani Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ialah Jalan Jerantut – Benta, Jerantut – Maran, serta membina jalan yang menghubungkan antara 2 negeri seperti Kuantan – Jerantut – Kuala Lipis – Gua Musang, Kuantan – Segamat dan Kuala Lipis – Raub - Bentong – Seremban dan Jerantut – Ulu Tembeling – Dungun.

Jalan-jalan tersebut akan dibangunkan dengan perlaksanaan mengikut keutamaan demi memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Pahang.


Berikut adalah tawaran Pakatan



TAWARAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT KEPADA RAKYAT NEGERI PAHANG



Adalah dengan ini diisytiharkan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah negeri Pahang pada PRU 13 nanti maka kami akan :

PERTAMA

Menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah dan rumah kediaman serta menstruktur semula Kampung-kampung  Baru dan Kampung Tersusun.

KEDUA

Menyelesaikan permohonan tanah yang sekian lama dipohon oleh rakyat Pahang sekiranya permohonan tersebut benar-benar layak, wajar dan memenuhi syarat.

KETIGA

Mewartakan tanah komuniti Orang Asal agar ianya tidak dicerobohi sewenang-wenang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

KEEMPAT

Memudahkan urusan pertukaran status tanah pertanian kepada lot perumahan atau bangunan.

KELIMA

Menurunkan cukai pintu dengan mengambil kira peningkatan hasil  hutan dan maneral setelah perlaksanaan konsep ‘bebas rasuah’ dalam pentadbiran kerajaan.

KEENAM

Sistem tender terbuka akan dilaksanakan bagi semua hasil utama negeri sebagaimana yang dilaksanakan di negeri negeri pakatan rakyat.


Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Pahang.

Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi PKR Pahang
YB Leong Ngah Ngah, Pengerusi DAP Pahang


9 Disember 2012



TAWARAN KERAJAAN PERSEKUTUAN (PAKATAN RAKYAT) UNTUK NEGERI PAHANG


Adalah dengan ini diisytiharkan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah Malaysia pada PRU 13 nanti maka :


PERTAMA

Menempatkan peserta Felda Plantation di kalangan warga Generasi Kedua, ketiga Felda, anak Pahang, bekas staf Felda, Bekas anggota Polis dan Tentera serta mengembalikan fungsi asal penubuhan Felda.


KEDUA

Memberikan Royalti minyak sebanyak 20% setahun (bukannya 5%) kepada Kerajaan Pahang setelah pengeluaran minyak beroperasi nanti.


KETIGA


Memberi perhatian yang serius dalam meningkatkan prasarana kemudahan asas yang berkaitan dengan perhubungan darat antara bandar dengan menyempurnakan kerja-kerja menaiktaraf jalan yang terbengkalai seperti Jalan Jerantut – Benta, Jerantut – Maran, serta membina jalan yang menghubungkan antara 2 negeri seperti Kuantan – Jerantut – Kuala Lipis – Gua Musang, Kuantan – Segamat dan Kuala Lipis – Raub - Bentong – Seremban dan Jerantut – Ulu Tembeling – Dungun dengan perlaksanaan mengikut keutamaan demi memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Pahang.

Datuk Seri Anwar bin Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN      
Encik Lim Kit Siang, Ketua Parlimen dan Penasihat DAP Kebangsaan
Tuan Haji Mohammad bin Sabu, Timbalan Presiden PAS


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.