Followers

Wednesday, December 12, 2012

TERKINI! Pakatan Rakyat Bantu Yahya Sulong!





Setelah penderitaan pelawak dan artis veteran tanah air, Yahya Sulong disiarkan di media cetak dan elektronik termasuk media sosial, Pakatan Rakyat pantas menghulurkan bantuan bagi meringankan beban beliau dan isterinya, Alisah Ali.

Menurut ahli parlimen Batu, Tian Chua menerusi laman sosial bergambar yang semakin popular, Instagram, tunggakan sewa rumah berjumlah RM868 diselesaikan dengan menghulur sendiri wang yang diperlukan keluarga ini.

Selain Tian, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut berjanji akan meminta Kerajaan Selangor membantu menyelesaikan segala permasalahan Yahya sekeluarga.


Tian yang menziarahi Yahya dan isterinya di kediaman mereka di Flat Sri Perak, Bandar Baru Sentul dalam parlimen Batu semalam memberitahu, Pejabat ahli parlimen Batu akan menyelesaikan tunggakan tersebut sambil Wanita KEADILAN melalui Biro Kebajikan Artis yang diketuai penyanyi tanah air, Dayangku Intan akan meminta kerjasama Baitulmal Wilayah Persekutuan membuat tindakan susulan selepas kejadian yang menimpa pelawak veteran yang sedang uzur itu.

Dayangku Intan sempat membalas mesej Tian dengan mengucapkan terima kasih atas bantuan segera yang disalurkan melalui pejabatnya sebelum notis mengosongkan rumah yang diterima Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Malam tadi, saya mengulas isu yang berkaitan dengan Yahya dan bagaimana Yayasan Artis 1Malaysia (YAT1M) yang dilancar perdana menteri rejim Zionis Umno, Najib Altantuya gagal menyelesaikan kesusahan yang dialami Yahya termasuk persoalan ke mana dana RM2 juta yang dijanjikan persiden Umno itu disalurkan.

Sementara itu, Wanita KEADILAN hari ini dijangka membuat kunjungan ke pejabat Baitulmal di ibu negara bagi mendapatkan penjelasan lanjut pihak mereka mengapa keperitan hidup Yahya dibiarkan begitu lama hingga menyukarkan mereka untuk terus hidup.

Ternyata Yahya boleh bernafas lega sementara Pakatan Rakyat mendapat penyelesaian kekal ke atas masalah yang menimpa mereka sekeluarga.

JALAN PULANG

BERITA SEBELUM INI :

 

Tuesday, December 11, 2012

PANAS! Satu Lagi Bukti Janji Dicapati Najib Altantuya!

 

Ini realiti hidup, bukan selamanya anda berada di atas, satu hari nanti anda akan berada di bawah juga.

Tetapi apa yang menimpa pelawak terkenal berstatus Datuk, Yahya Sulong yang seangkatan dengan Param, Hamid Gurkha dan AR Badul nampaknya sukar diterima akal.

Bagaimanapun persoalan yang timbul selain daripada pertanyaan klise di mana anak-anaknya yang berjumlah 11 orang itu adalah, di mana suara menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan, Rais Yatim dalam hal ini?

Sejak dilancarkan pada 12 November lalu, antara matlamat penubuhan Yayasan Artis 1Malaysia (YAT1M) yang dirasmikan sendiri presiden rejim Zionis Umno, Najib Altantuya adalah memberi bantuan berupa sara hidup bulanan kepada artis veteran yang sudah tidak mendapat tawaran berlakon dan yang sedang uzur bagi membantu mereka meneruskan hidup.

Malah presiden YAT1M yang juga penyanyi berstatus Datuk, Irwan Shah atau lebih dikenali dengan nama DJ Dave masih tidak membuat tindakan susulan di atas nasib yang menimpa Yahya malah beberapa artis lain yang sedang sakit seperti Azean Irdawaty dan lain-lain.

Apakah DJ Dave hanya menumpukan kegiatan peribadinya sendiri menaikkan namanya sebaris dengan seniman tanah air seperti Jins Shamsuddin yang pernah bergelar senator satu ketika dahulu?

Mengapa YAT1M tidak mencari sendiri golongan veteran yang senasib dengan Yahya dan hanya menunggu di pejabat seperti mana yang dilakukan beberapa agensi kerajaan seperti pusat zakat dan sebagainya?

Saya sendiri dapat mengesahkan bahawa Yahya yang uzur dalam usia 84 tahun yang terpaksa menjaga isterinya yang disahkan menghidap barah paru-paru selepas Hari Raya Aidiladha lalu, tidak dijemput dalam majlis pelancaran yang terlewat sejam setengah semata-mata Najib Altantuya gagal hadir dalam waktu yang dia sendiri janjikan!


Atau mungkinkah ada kecenderungan politik tertentu yang menghalang bantuan daripada sampai ke tangan penerima yang layak kerana YAT1M dijanjikan RM2 juta sebagai modal permulaan, atau ini satu lagi bentuk penipuan Najib Altantuya menarik artis menyertai Umno?


Di mana wang tersebut diletakkan dan bagaimana kaedah penyaluran bantuan dilaksanakan jika ada?

Pada hemat saya, apabila Zed Zaidi berusaha berunding dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi urusan bayaran tertunggak sebanyak RM800 itu masih dalam rundingan, saya anggap Rais dan YAT1M sudah dianggap gagal apabila berita mengenai penderitaan pelawak itu tersiar di akhbar semalam dan hari ini.

Yang pasti, ini satu lagi wayang kulit Najib Altantuya yang tak sudah-sudah mengumumkan itu dan ini termasuk tambahan RM3 juta lagi dana YAT1M tahun depan, dengan syarat artis membantu Umno menang dalam pilihanraya umum akan datang.

Mengapa pula perlu bersyarat sedangkan nasib artis terus terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup yang menggila hari ini?

Satu lagi projek kegagalan BN sedang dalam pembikinan!


JALAN PULANG

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.