NAMPAKNYA Najib kini sudah amat tertekan sekali. Apabila bos sudah
tertekan, apa lagi anak-anak buah mereka.
Justeru itu, jangan terkejut
sejak kebelakangan ini berbagai cara dan taktik telah mereka rancang dan
gunakan untuk menghalang kemaraan Pakatan Rakyat.
Isu pendedahan bekas KPN, Musa Hassan bukan isu remeh temeh. Kita tidak
mahu tahu mengapa Musa Hassan seolah-olah melakukan "U-Turn" yang bukan
sedikit cuma tidak masuk ke dalam kumpulan kita sahaja.
Apa pun
nawaitu Musa Hassan samada berniat baik atau sebaliknya, bagi kita yang
penting Musa Hassan telah melondehkan kerajaan di bawah Najib.
Begitu juga dengan pendedahan Deepak, seorang ahli perniagaan yang kini
merasa 'tertipu' dengan 'rakan'nya yang semua rakyat kenal insan
tersebut.
Pendedahan beliau juga bukan remeh malahan melibatkan kes
jenayah iaitu kes pembunuhan.
Pengakuan Bersumpah Bala ada kaitan
dengan kes kematian Altantuya yang didapati mati diletupkan dengan C4
'tanpa sebab'?
Otak yang sihat dan bukan berotakkan lembu sudah pasti
tidak boleh menerima Altantuya dibunuh oleh orang yang tidak pernah
mengenalinya dan paling tidak lojik dibunuh tanpa motif.
Akuan Bersumpah Lajim Ukin yang terbaru menambahkan botak kepala Najib
memikirkannya mengapa begitu berat sekali bebanan dan tekanan ke atas
beliau sekarang.
Ada rakan yang memberitahu, mungkin akibat 'Sumpah
Laknat' beliau di Permatang Pauh dahulu kononnya tidak mengenali
Altantuya kini telah memakan diri. Wallahu Aklam.
Kini, Pakatan Rakyat terlalu banyak isu untuk kita sampaikan kepada
rakyat. Sampaikan walau satu ayat tentang kemungkaran dan kezaliman
ini.
Biarlah mereka yang berotak lembu yang telah puas menangis di
dewan PWTC itu tidak mempercayainya, namun penerangan mestilah dilakukan
berterusan sehingga parti sekutu Apco ini tersungkur.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.