Siapa KEBAL, siapa BEBAL dan siapa SENGAL...?
Semasa diPerhimpunan Umno, Yob membeli 2 buku hasil penulisan Syed hussein Al Attas dan Hatta Al Mukmin. Keduanya mempunyai rekod sebagai penulis politik yang mempunyai pengikot masing masing.
Kami berbual mesra sambil bergambar kenangan direstaurant Riverside, PWTC. Seronok juga dapat jumpa kekawan Yob yang dah berjaya dalam Umno. Ada yang bergelar Dato, malah sorang dah jadi Tan Sri. Tahniah le...
Sejam kemudian Yob dapat berita buku Pak Habib dirampas PDRM dan ditahan selama 6 jam. Alasan kerana buku terbaru Pak habib menghina Sultan.
Malamnya, Yob membaca kedua buku yang Yob beli. Kedua buku ini mengkritik 2 tokoh iaitu Sultan Johor dan Anwar Ibrahim. Pedas, garing dan hangit.
Namun begitu, dihati Yob, buku Pak Habib lebih ikhlas dan jujur daripada buku Hatta. Buku Pak Habib lebih bersifat menegur sebagai seorang rakyat. Buku Hatta pula lebih kepada menghentam Anwar dengan fakta yang kabur.
PERSOALANNYA: Bukankah Sultan dan Anwar itu sama sama manusia? Kenapa buku Pak Habib dirampas tetapi buku Hatta Al Mukmin maseh dijual? Kenapa Pak Habib disoal dan Hatta terlepas bebas?
Pak Habib bisik pada Yob... "Abah mungkin akan ditahan dan ahli keluarga semua sudah bersiap sedia menghadapinya".
— with Grace HDonald and 40 others. Semasa diPerhimpunan Umno, Yob membeli 2 buku hasil penulisan Syed hussein Al Attas dan Hatta Al Mukmin. Keduanya mempunyai rekod sebagai penulis politik yang mempunyai pengikot masing masing.
Kami berbual mesra sambil bergambar kenangan direstaurant Riverside, PWTC. Seronok juga dapat jumpa kekawan Yob yang dah berjaya dalam Umno. Ada yang bergelar Dato, malah sorang dah jadi Tan Sri. Tahniah le...
Sejam kemudian Yob dapat berita buku Pak Habib dirampas PDRM dan ditahan selama 6 jam. Alasan kerana buku terbaru Pak habib menghina Sultan.
Malamnya, Yob membaca kedua buku yang Yob beli. Kedua buku ini mengkritik 2 tokoh iaitu Sultan Johor dan Anwar Ibrahim. Pedas, garing dan hangit.
Namun begitu, dihati Yob, buku Pak Habib lebih ikhlas dan jujur daripada buku Hatta. Buku Pak Habib lebih bersifat menegur sebagai seorang rakyat. Buku Hatta pula lebih kepada menghentam Anwar dengan fakta yang kabur.
PERSOALANNYA: Bukankah Sultan dan Anwar itu sama sama manusia? Kenapa buku Pak Habib dirampas tetapi buku Hatta Al Mukmin maseh dijual? Kenapa Pak Habib disoal dan Hatta terlepas bebas?
Pak Habib bisik pada Yob... "Abah mungkin akan ditahan dan ahli keluarga semua sudah bersiap sedia menghadapinya".
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.