KUALA LUMPUR: Deepak Jaikishan yakin,
walaupun ramai calon Umno mempunyai peluang menang yang tinggi (Winneble
candidate) tetapi dengan Datin Seri Rosmah Mansor yang menjadi penjaga
golnya, Pakatan Rakyat mempunyai peluang cerah untuk menjaringkan gol.
"Tangannya penuh dengan bilion ringgit untuk ditangkap, jadi dia tidak
mempunyai masa untuk menangkap bola yang ditendang masuk," kata Deepak
dalam kenyataannya kepada media.
Atas dasar itu, Deepak bekas kawan baik Rosmah itu berkata, BN bakal gagal dalam pilihan raya ini.
Beliau menjangkakan, Pakatan akan mendapat 123 kerusi, BN 99 kerusi dan Rosmah akan mendapat RM26 bilion.
Deepak mengulas kes ini ketika mengulas ucapan perwakilan dari Kelantan
yang mendakwa pasukan Red Warior di Kelantan akan menjadi contoh
pengurusan Umno pimpinan Najib yang bakal menang dalam pilihan raya ini.
Ketika ditanya, di manakah beliau mendapat angka RM26 bilion tersebut,
Deepak berkata, ia adalah hasil kiraan beliau berdasarkan projek yang
melibatkan Rosmah.
"Saya membuat kiraan berdasarkan projek yang saya terlibat dan projek
yang saya tahu dimiliki oleh dia," kata Deepak dalam satu kenyataanya
malam tadi.
Deepak sebelum ini mendakwa beliau adalah rakan perniagaan Rosmah
sebelum berbangkitnya kes Penyataan Bersumpah (SD) P Balasubramaniam.
Sejak kes P Bala, hubungan mereka bermasalah kerana beliau didakwa tidak menunaikan janji untuk menyelesaikan kes Bala.
Deepak berkata, dia hanya menolong kawan dalam kes itu bukannya terlibat secara langsung.
Harakahdaily.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.