Followers

Saturday, December 1, 2012

Renung pengertian di sebalik falsafah K.A.T.A.K

MACAM MACAM GILA - SEMUA NAK TIPU MELAYU



KUALA LUMPUR: Seorang perwakilan hari ini megajak semua ahli UMNO supaya menghayati dan merenungkan pengertian di sebalik enam falsafah K.A.T.A.K bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).


Wakil UMNO Selangor, Abdul Shukur Idrus, berkata tiga falsafah K.A.T.A.K yang tidak baik dan perlu dihindarkan ialah "Ketepikan Amalan Takut Akui Kesilapan; Kalah Akibat Terlalu Alpakan Kuasa; Kerana Angkuh Tentulah Akibatnya Kecundang".


"Tiga falsafah yang baik dan perlu dilakukan ialah "Kena Akur Tunjuk Ajar Ketua; Kita Amalkan Toleransi, Amanah, Kesederhanaan; Kejayaan Akan Tercapai Apabila Kerjasama," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.


Beliau berkta, semua ahli parti berkenaan harus melihat PRU13 dari segenap sudut dan demensi.


"Perhatian harus diberikan pada setiap arah dan inci. Depan dan belakang, atas dan bawah, kanan dan kiri. Bak kata bidalan jangan lagi jadi katak bawah tempurung, gelap dan terkurung.


"Pendirian juga harus tetap, jangan jadi seperti katak yang melompat-lompat jika tidak mendapat tempat. Kalau tak mendengar nasihat dan cakap, mati kataklah jawabnya.


"Oleh kerana kita banyak bercakap pasal katak, saya ingin terjemahkan falsafah K.A.T.A.K untuk renungan kita bersama," katanya


KAH KAH KAH     KAH KAH KAH     KAH KAH KAH


woit.... MACAM MACAM  JENIS  GILA .... kah kah kah...
kah kah kah... YANG INI GILA IBRAHIM ALI.... kah kah kah...

kah kah kah...PASAL APA GUNAKAN IBRAHIM ALI?.... kah kah kah

kah kah kah....INI MACAM NAK PERLI AJE.... kah kah kah..
kah kah kah... MACAM TAK NAK BERI KERUSI PADA BRAHENG... kah kah kah..

K.A.T.A. K = KAMI AKAN TOLAK  AHLI KATAK.


NOTA:
ibrahim senyap sunyi
pasal nak tunggu dapat kerusi ke?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.