Followers

Sunday, December 9, 2012

Raja Petra Memfitnah Anwar ?

Aduhai... Nampak sangat blogger dalam buangan di Manchester, United Kingdom, Raja Petra Kamaruddin semakin hilang arah tujuan disebabkan sudah tiada isu terbaru yang hendak dibangkitkan dalam seminggu dua ini.

Dalam artikel terbarunya "Always consistently inconsistent" yang diterbitkan semalam jelas menunjukkan kedangkalan pemikirannya yang makin bercelaru memutar isu berkenaan skandal kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) yang dilakukan antara 1992 hingga 1994, atau lebih tepat lagi pada tahun 1993.

Dalam tulisannya, Raja Petra menempelak Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kununnya tidak mengambil tindakan atau bertanggungjawab di atas kerugian akibat permainan tukaran wang asing kununnya selaku Menteri Kewangan pada masa itu.
 
 
Tambahnya lagi, apabila soal pertumbuhan ekonomi yang mapan antara 8 hingga 10 peratus dalam tempoh yang sama, perdana menteri, Mahathir Mohamad langsung tidak diberi sebarang kredit atas kapasitinya sebagai orang nombor satu negara pada waktu itu.
Saya tidak mahu menjawab satu persatu coretannya yang jelas bercelaru tetapi cukuplah saya sangkal satu fitnah yang sengaja diletakkan bagi mengelirukan pembacanya yang ada di antaranya jelas muak dengan tulisannya lalu meminta supaya tulisan berkaitan dengan pengalaman hidupnya disambung tanpa banyak soal.

Tulisan seorang pembacanya sebagai bukti terhadap kenyataan saya di atas:
...
written by Da Musang, December 09, 2012 01:01:03

YM RP,
Could you PLEASE, IMMEDIATELY, RIGHT NOW, get back to writing "The journey in life is never a straight line" Part 15 and Part 16 and more? I just thought I'd be a bit different by complaining in one of your "normal" politically-flavoured articles. Incidentally, that "Journey" series is quite fascinating.


+7
Persoalan yang ditimbulkannya adalah, apakah adil menyalahkan Mahathir seorang di atas kerugian yang dialami Bank Negara sedangkan Anwar juga sepatutnya bertanggungjawab di atas kesilapan tersebut, tetapi apabila Malaysia mencatat pertumbuhan baik nama Anwar sahaja yang dijulang?
Ini adalah jawapannya.

Walaupun Anwar menjadi menteri kewangan dari 1991 hingga 1998, dan dilantik pula menggantikan Ghafar Baba pada 1993 sebagai timbalan perdana menteri selepas pemilihan Umno tahun itu, Mahathir masih merupakan pemegang kuasa eksekutif tertinggi mengatasi Anwar dan jauh sekali Najib Altantuya yang ketika itu hanya menjadi Naib Presiden Umno sahaja.
 
 
Anwar mengetahui tindakan tersebut tetapi dilarang Mahathir kerana dia melindungi pelakunya yang sebenar, Nor Mohamed Yakcop yang kini merupakan ahli parlimen Tasek Gelugor di Pulau Pinang.
Mahathirlah yang mempertahankan Nor Mohamad Yakcop dan tidak membenarkan Menteri Kewangan semasa itu iaitu Anwar untuk mengambil tindakan terhadap Nor Mohamad Yakcop.

Jika ditanya kepada Nor Mohamed, dia dengan tangkas sahaja berselindung di bawah ketiak Mahathir dan berkata tindakan beliau itu adalah di atas arahan Perdana Menteri.

Parlimen sebenarnya telah bertanya beberapa kali untuk mengetahui berapa jumlah kerugian dalam skandal pertukaran matawang asing itu.

Kerugian dari pertukaran wang asing ini merupakan kerugian yang terbesar dalam sejarah negara dan tidak ada sebab Nor Mohammad Yakcop tidak boleh diambil tindakan semasa itu.

Mahathir telah memberitahu Anwar supaya jangan mengambil apa-apa tindakan terhadap Nor Mohammad Yakcop dan dia telah diarah berhenti dari BNM.

Selepas kerugian yang sepatutnya dipertanggungjawabkan ke atas ketua jabatan perbendaharaan BNM itu, dia telah dinaikkan pangkat dalam kerajaan dengan dilantik sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan persekutuan.

Anwar sendiri telah berkali-kali menegaskan bahawa walaupun dia merupakan menteri kewangan tetapi skandal tersebut telah didiamkan Mahathir dengan alasan dia tidak berhak untuk mempersoalkan tindakan Mahathir selain melindungi Nor Mohamed yang jelas manusia yang mesti diheret ke muka pengadilan.

Jelas kini Raja Petra kini serupa dengan Najib Altantuya yang dikatakan sedang 'memberinya makan' memfitnah Pakatan Rakyat dengan celoteh tak tentu pasal hingga sanggup memuji diri sendiri kununnya pendedahan yang dibuatnya di Malaysia Today merupakan pendedahan eksklusif yang tidak terdapat dalam mana-mana media dalam talian seperti skandal Deepak dan beg jenama Birkin ratusan ribu yang dimiliki isteri Najib Altantuya, Rosmah Mansor.

Kini baru saya faham mengapa bekas rakan karibnya dalam MCLM, Haris Ibrahim bertindak keluar dari pertubuhan NGO itu dan turun bersama anak muda terutamanya Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menjelajah ke seluruh negara sedang Raja Petra hanya menunggu dokumen sulit yang dibocorkan pemimpin Umno sendiri sampai ke dalam kotak emelnya! 


~jalanpulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.