Followers

Thursday, December 27, 2012

Rahim: Rakyat perlu tolak propaganda pembangkang

 
 
Rahim berkata kestabilan politik adalah hasil kebijaksanaan rakyat memilih kerajaan yang amanah dan bertanggungjawap. – Gambar fail
 
PITAS, 27 Dis – Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri menggesa rakyat menolak dan mengenepikan propaganda pihak tertentu yang memburuk-burukkan pencapaian negara sejak merdeka.

Beliau berkata jika Malaysia tidak diurus dengan baik oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah terlalu mustahil negara boleh menjadi sedemikian maju sehingga menjadi ikon disegani dan dihormati oleh majoriti negara sedang membangun di dunia ini.

“Hakikat dan kenyataan bahawa kadar pengangguran di tahap tiga peratus atau situasi guna tenaga penuh dan tidak kurang lima juta warga asing datang ke Malaysia dari pelbagai negara untuk mencari rezeki di sini adalah bukti jelas tentang kejayaan negara.

“Jika negara tidak aman, tidak stabil dan miskin sudah tentu rakyat Malaysia berduyun-duyun ke luar negara mencari kehidupan dan mustahil pula orang akan datang ke negara ini,” katanya.

Abdul Rahim yang juga anggota Parlimen Kudat berkata demikian di majlis berkhatan beramai-ramai di Hospital Daerah Pitas melibatkan 100 orang remaja yang turut dihadiri ramai ibubapa sempena aktiviti kebajikan anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kudat di sini, hari ini.

Beliau berkata pendekatan dasar ekonomi terbuka, liberal dan pragmatik serta tidak terikat dengan sesuatu ideologi yang keras seperti yang diamalkan oleh kebanyakan negara komunis dan sosialis memungkinkan Malaysia menarik minat golongan peniaga, pelabur domestik dan pelabur asing.

Katanya, kestabilan politik hasil kebijaksanaan rakyat memilih kerajaan yang amanah dan bertanggungjawap menjadikan kerajaan mampu melakukan perubahan dasar mengikut kehendak semasa, iaitu sesuatu yang diminati peniaga dan pelabur menjadikan kemakmuran berterusan di negara ini.

“Oleh itu, rakyat perlu sekali lagi menggunakan kebijaksanaan mereka untuk meneruskan mandat kerajaan sedia ada dalam pilihan raya akan datang supaya kesinambungan dasar yang dirancang dapat dilaksana dan transformasi yang berlaku dalam negara di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak tergendala sekerat jalan,” katanya.

Di majlis itu Rahim menyampaikan pelbagai bantuan kepada lebih 100 orang penerima bantuan khairiat kematian, pesakit kronik, ditimpa bencana dan pelbagai bantuan kebajikan kepada penduduk golongan kurang bernasib baik. – Bernama


Malaysia Insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.