Followers

Tuesday, December 4, 2012

PRU 13 pastinya menjanjikan persaingan sengit BN dan PR di Negeri Sembilan.



PRU 13 pastinya menjanjikan persaingan sengit BN dan PR di Negeri Sembilan. Pada PRU 12 , BN menang 21 kerusi Dun, PR menang 15 kerusi. Manakala BN menang 5 kerusi Parlimen, PR menang 3 kerusi.
Tidak seperti Johor dan Melaka , jumlah pengundi Melayu yang menyokong PR di Negeri Sembilan melebihi 30 % malah di sesetengah Dun melebihi 45 %. Buktinya, PAS menang kerusi Paroi yang mempunyai jumlah pengundi Melayu 65 %.

Pengundi Cina juga memberi undi yang tinggi kepada DAP dalam PRU 12 lalu sehingga membolehkan DAP menang 10 kerusi Dun dan 2 kerusi Parlimen. Bagaimanapun , undi orang Cina kepada PKR dan PAS tidak setinggi undi kepada DAP.
 
PKR menang 2 kerusi Dun yang mempunyai majoriti pengundi Melayu di bawah 35 %. Manakala 2 lagi kerusi Dun yang PKR menangi mempunyai pengundi Melayu hampir 60 %. Kedua-dua kerusi ini PKR menang dengan majoriti yang tipis.
 
Pada PRU 13, peluang untuk PR mempertahankan kesemua 12 kerusi yang dimenangi adalah cerah kerana potensi undi orang Cina kepada PR menjangkau purata lebih 70% melebihi semasa PRU 12 hanya dalam purata 60 %.
 
3 kerusi lagi yang dimenangi PAS iaitu Paroi dan PKR iaitu Ampangan dan Sikamat memerlukan peningkatan undi orang Cina dan India sehingga 65 % . 
 
Undi Melayu dijangka tidak banyak berubah malah kemungkinan akan mengalami sedikit penurunan.
 
Pengundi India juga akan banyak mempengaruhi keputusan pilihanraya di Negeri Sembilan kerana banyak kerusi mempunyai jumlah pengundi India yang agak ramai. 
 
Terdapat 13 kerusi Dun yang mempunyai jumlah pengundi India melebihi 20 %. Justeru, penentu penting kemenangan kesemua kerusi ini adalah orang India.
 
PRU 12 menunjukkan undi orang India kepada PR adalah dalam purata 60 % . Bagi , PRU 13 dijangka akan berlaku sedikit penurunan undi orang India kepada PR. 
 
Namun, sedikit penurunan ini mampu ditampung oleh peningkatan undi orang Cina.
 
Jangkaan peningkatan undi orang Cina akan memberi kesan kepada 4 kerusi yang mempunyai jumlah pengundi Melayu di bawah 50 % iaitu Chennah, Jeram Padang, Rantau dan Linggi . 
 
Bagaimanapun , kemenangan PR di Jeram Padang, Rantau dan Linggi turut dipengaruhi pengundi India.
 
Sekiranya, peratus undi India kepada PR tidak kurang dari 50 %. PR berpeluang cerah menang di ketiga-tiga kerusi ini. Bagi kerusi Chennah , DAP dijangka tiada masalah memenangi kerusi yang mempunyai jumlah pengundi Cina melebihi 53 %.
 
Jumlah pengundi Melayu yang menyokong PAS dan PKR di 5 kerusi iaitu Klawang, Lenggeng, Pilah, Johol dan Labu semasa PRU 12 mencapai 35 hingga 45 % . 
 
Sekiranya ,jumlah pengundi Cina melonjak melebihi 60 - 65 % , PR berpotensi memenangi kesemua kerusi ini dengan syarat undi India kepada PR juga tidak menurun di bawah 50 %.
 
Manakala 12 kerusi lain yang dimenangi BN dijangka masih kekal di tangan BN. 
 
Hanya perubahan undi orang Melayu kepada PR sahaja mampu mengubah penguasaan BN. Namun , jika undi Melayu masih sama seperti PRU 12, amat sukar kerusi ini terlepas kepada PR.
 
Sungguhpun begitu gerak kerja PR di 12 kerusi ini boleh membantu mengubah minda orang Melayu untuk menyokong PR. Sekiranya, jentera PR tidak bergerak di sini , jangan harap lah nak rampas kerusi-kerusi ini. 12 kerusi tersebut ialah ;
 
1. Pertang
2. Sungai Lui
3. Serting
4. Palong
5. Seri Menanti
6. Senaling
7. Juaseh
8. Chembong
9. Kota
10. Gemas
11. Gemencheh
12. Bagan Pinang

 
Bagi kerusi Parlimen , peluang PR untuk menambah kerusi adalah tipis sekiranya BN masih menguasai 12 Dun di atas. PR kekal di Seremban , Rasah dan Teluk Kemang. Manakala BN di Jelebu, Jempol, Kuala Pilah dan Tampin....
 
Terima kasih pada Rakyat Marhaen.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Post a Comment