Bekas
Sarjan Mejar, Eddie Maringking mendahului senarai bekas pemimpin BN
menyerahkan 68 borang keahlian menyertai KEADILAN dari penduduk Kampung
Togop, di DUN Kuilu, dalam parlimen Tuaran dalam satu majlis ceramah di
kampung itu malam tadi.
Borang
tersebut diserahkan kepada ahli majlis pimpinan KEADILAN negeri, Ansari
Abdullah yang juga merupakan Ketua Cabang Tuaran dan disambut dengan
laungan "Ini Kalilah Tukar" oleh ratusan hadirin yang membanjiri tapak
ceramah di kampung itu.
Eddie
dalam ucapannya mewakili kesemua bekas ahli BN menyifatkan gelombang
kebangkitan rakyat di negeri ini sudah tidak dapat disekat lagi hingga
satu majlis yang serupa bakal diadakan di beberapa kampung sekitar
Tuaran dalam masa terdekat.
Malah,
satu lagi majlis penyertaan beramai-ramai keluar BN dan menyertai
KEADILAN akan diadakan hari ini kira-kira jam 4 petang bertempat di
Kampung Guakon dalam DUN Tamparuli, juga dalam parlimen Tuaran.
Menurut Ansari, kebangkitan rakyat luar biasa negeri ini membuktikan Umno dan BN tidak lagi boleh dipercayai membela nasib rakyat setelah 49 tahun diberi peluang memerintah Sabah yang merdeka dari penjajah British pada 1963.
Kesan daripada keputusan ahli parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing yang keluar dari BN awal Julai lalu nampaknya kini memberi kesan teruk kepada BN hinggakan majlis ceramah yang diadakan parti reput itu sejak akhir-akhir ini langsung tidak mendapat sambutan walaupun menyalahgunakan harta kerajaan seperti menggunakan van Jabatan Penerangan untuk mengadakan hebahan kepada penduduk kampung.
Bekas timbalan presiden UPKO itu yang kini memimpin Angkatan Perubahan Sabah (APS) mesra Pakatan Rakyat dijangka akan dicalonkan bertanding sekali lagi di parlimen Tuaran tetapi akan turun sebagai calon KEADILAN dalam pilihanraya umum akan datang.
Dalam masa yang sama, Umno dan BN masih tercari-cari pemimpin yang sesuai yang boleh menandingi kredibiliti Bumburing yang semakin mendapat sokongan rakyat setelah keluar dari BN, petanda khidmatnya masih diperlukan rakyat di parlimen itu.
Tuaran merupakan salah satu daripada 10 kerusi parlimen yang disasarkan Pakatan Rakyat untuk menang kali ini selain Kota Kinabalu, Tenom, Pensiangan, Kota Belud, Beaufort, Kota Marudu, Kinabatangan, dan lain-lain.
Dengan perkembangan terbaru ini, ketua menteri, Musa Aman kini semakin tertekan dalam misi mempertahankan Sabah dari dirampas Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya umum yang mesti diadakan sebelum 28 April tahun depan.
Ini kalilah TUKAR!
JALAN PULANG
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.