Bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila bekas ahli parlimen KEADILAN yang digelar katak belaan Umno sendiri, Zahrain Mohamed Hashim mengisytiharkan dirinya menyertai Umno di hadapan perdana menteri, Najib Altantuya hari ini di Pulau Pinang.
Zahrain kini sedang berdepan dengan masalah hutang peribadi setelah hampir kesemua wang rasuah yang diperolehinya selepas keluar dari Pakatan Rakyat Februari tahun lalu habis digunakannya.
Malah ia hanya mengesahkan pendirian Zahrain yang pada mulanya "malu-malu kucing" mahu menyertai parti reput itu tetapi akhirnya terpaksa berbuat demikian kerana kantung sendiri sudah hampir kehabisan akibat sikapnya sendiri.
Tetapi satu perkara yang paling penting di atas pengumuman Zahrain adalah, Najib Altantuya dan Umno kini terdesak melakukan apa sahaja hatta mengambil katak lompat yang tidak bernilai seduit pun di mata rakyat ekoran khianat kepada pengundi Bayan Baru yang diwakilinya hampir dua tahun.
Najib Altantuya seperti biasa tidak rasa malu sedikitpun malah bangga dengan kesedaran yang ditunjukkan Zahrain kononnya hanya Umno sahaja yang boleh memperjuang nasib orang Melayu yang terpinggir sejak merdeka hinggalah Pakatan Rakyat berjaya menamatkan ego Barisan Nasional (BN) dengan kemenangan besar di negeri kedua termaju di Malaysia itu.
Justeru, Zahrain sendiri yang cuba mencari dahan berpaut bagi menyambung hayat politiknya cepat-cepat menyertai Umno di sebalik skandal yang menyelimuti dirinya kunun bagi membolehkan Najib Altantuya melantik dirinya sebagai calon Umno mewaklil BN dalam pilihanraya umum akan datang.
Tetapi apakah Najib Altantuya akan mempertimbangkannya?
Jawapannya tidak sama sekali, bahkan pemimpin Umno bahagian Bayan Baru sendiri pun berebut-rebut mahu dicalonkan mengenepikan calon MCA yang secara tradisinya bertanding di kerusi tersebut sejak 1965.
Zahrain tidak lagi mampu menutup kegelisahannya selepas keluar dari KEADILAN dan menjadi ahil parlimen Bebas mesra-BN kerana pada sifir politiknya, lagi kuat menghentam bekas partinya dan Pakatan Rakyat, peluang untuk dicalonkan semula bertanding atas tiket BN dianggap cerah.
Tetapi penganalisis politik berpendapat, tindakan Zahrain dan Najib Altantuya ini membuktikan Umno dan BN sendiri tidak mahu undang-undang anti-lompat diwujudkan bagi menghalang ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri (ADUN) keluar dari parti masing-masing dan diminta mengosongkan kerusi mereka bagi memberi laluan kepada pilihanraya kecil diadakan selaras dengan semangat demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini.
Najib Altantuya pula yang tersepit dengan skandal komisen pembelian kapal selam kelas Scorpene dan misteri pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu tanpa berfikir panjang terus saja menerima apa saja cerita yang kunun boleh membawa keuntungan politik kepadanya tanpa memikirkan kesan serius yang diterima daripada pengundi kelak.
Rata-rata pengundi di parlimen Bayan Baru sudah menetapkan pendirian mereka parti mana yang mereka mahukan untuk mewakili suara mereka di parlimen selepas pilihanraya umum kelak.
Ada di antara mereka kekal mengundi Pakatan Rakyat yang banyak memberi kemudahan kepada mereka di samping keprihatinan kerajaan negeri yang diketuai Lim Guan Eng dari DAP berjaya mengurangkan kesan yang dialami akibat tindakan khianat Zahrain mementingkan diri sendiri.
Dari sudut Pakatan Rakyat pula, mereka tidak menghadapi sebarang masalah dengan tindakan terbaru Zahrain malah boleh tersenyum dengan keputusan Najib Altantuya yang cukup berbahaya terhadap sistem demokrasi kerana dianggap bersetuju dengan seorang pengkhianat parti yang sudah muflis hala tuju politiknya sendiri.
Tidak hairanlah Umno dan BN sekali lagi berdepan dengan kesukaran merampas kembali parlimen ini yang berjaya memperolehi lebih 10 ribu undi majoriti dalam pilihanraya umum lalu atas tiket KEADILAN dan Pakatan Rakyat.
Manakala Zahrain pula boleh mengucapkan selamat tinggal buat pengundinya dahulu kerana hampir pasti dia tidak akan dicalonkan seperti mana yang akan dilakukan Najib Altantuya ke atas N Gobalakrishnan di Padang Serai, Tan Tee Beng di Nibong Tebal, Mohsin Fadzli Samuri di Bagan Serai dan Wee Choo Keong di Wangsa Maju.
Sesungguhnya janji dicapati Najib Altantuya yang berjanji akan membina 20,000 rumah mampu milik dan pembinaan monorel di Georgetown tidak mampu memikat hati pengundi sebaliknya penerimaan Zahrain bolehlah dianggap memusnahkan kedua-dua pengumumannya sendiri kerana sanggup menerima katak lompat yang tidak berguna lagi kepada sesiapapun.
JALAN PULANG
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.