Followers
Monday, December 10, 2012
PANAS! Mat Zain Kata Musa Hassan Cuma Main Wayang!
Bekas ketua jabatan siasatan jenayah (CID) Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim berkata, kemarahan yang disuarakan bekas ketua polis negara, Musa Hassan ke atas perdana menteri dan menteri dalam negeri baru-baru ini "hanyalah satu lagi sandiwara".
Mat Zain berkata, beliau pada mulanya berpendapat bahawa Musa sudah bertaubat dan mahu membawa pasukan itu kembali ke zaman kegemilangannnya.
"Baru-baru ini, Musa membuat beberapa komen ke atas menteri kabinet dan pemimpin Umno, namun beliau menegaskan bahawa tiada campur tangan dalam siasatan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
"Beliau juga berkata Perdana Menteri, Najib Altantuya tidak terlibat dan tiada konspirasi untuk mengenakan Anwar dalam kedua-dua kes Liiwat I dan II.
"Saya kemudiannnya sedar bahawa kemarahan Musa itu, atau apa sahaja yang anda mahu panggil, hanya satu lagi sandiwara," katanya.
Beliau mendakwa, Musa hanya berpura-pura menentang pemimpin tertinggi dalam kabinet dan dalam Umno, namun sebenarnya melindungi individu tertentu – terutamanya peguam negara, Abdul Gani Patail.
Musa perlu sedang bahawa kejujuruan seseorang itu bukan perkara yang sukar untuk diuji, katanya.
Nota:
Sebenarnya, Musa merupakan pegawai penyiasat dalam kes fitnah liwat 1 pada 1998 dan juga terlibat secara langsung dalam kes fitnah liwat 2 selaku ketua polis negara.
Itu merupakan fakta dan Musa tidak sesekali menafikannya, malah konspirasi peringkat tertinggi membabitkan peguam negara, Gani Patail, Rodwan Mohd Yusof dan Mumtaz Jaafar dalam fitnah liwat 2 sudah diketahui umum.
Penglibatan mereka bukan setakat mahu memusnahkan karier Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim malah dikatakan mahu menghapuskannya terus kerana Umno merasakan selagi susuk tubuh Anwar dibiarkan lepas bebas, masa depan parti itu dalam pilihanraya umum akan datang pasti musnah.
Mat Zain sendiri telah berbelas kali menghantar surat kepada ketua polis negara, Ismail Omar mengenai salah laku Musa, Gani dan Najib Altantuya sendiri tetapi semuanya dibakul sampahkan, jelas membuktikan bahawa konspirasi ini sememangnya wujud.
Sehingga kini, pendedahan bersiri Mat Zain tidak diendahkan malah peliknya dia sendiri tidak dipanggil untuk disoal siasat atas kandungan surat yang melondehkan pekung sistem keselamatan dan kehakiman negara.
Persoalannya kini apakah jalan penyelesaiannya?
Hanya dengan menumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum akan datang akan terungkai segala persoalan yang timbul akibat permainan kuasa dan penyalahgunaan institusi awam oleh pihak atasan tanpa batasan!
JALAN PULANG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.