Followers
Friday, December 7, 2012
PANAS! Mahathir Mahu Pancung Pak Lah DAN Najib Altantuya Sekaligus?
Walaupun sudah bersara hampir 10 tahun sebagai perdana menteri, hakikatnya Mahathir Mohamad masih lagi licik dengan strategi politiknya yang tak pernah kenal jemu, jauh sekali berehat bersama menantu.
Serangan demi serangan bertubi-tubi yang ditujukan khusus terhadap perdana menteri, Najib Altantuya dan penggantnya, Abdullah Badawi akhir-akhir ini dilihat semakin berbahaya kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam misi mempertahankan kekuasan di Putrajaya.
Sumber yang rapat dengan Yayasan Kepimpinan Perdana (YPK), tapak paling ampuh Mahathir mencatur strategi politiknya memberitahu bekas ahli parlimen Kubang Pasu lebih 6 penggal itu dipercayai mahu memusnahkan imej kedua-dua pengganti selepasnya sekaligus.
Selain bertembung secara peribadi dan kepentingan perniagaan, Mahathir dan kedua-dua Pak Lah dan Najib Altantuya kini bersaing sesama sendiri menaikkan imej masing-masing yang tercalar teruk selepas pendedahan skandal pertahanan terbesar negara sejak 1970, skandal komisen pembelian kapal selam kelas Scorpene.
Mahathir hampir pasti mahu menyingkirkan Najib Altantuya yang dikatakan berdegil mahu terus berkuasa dan pada masa yang sama kedudukannya sendiri sebagai perdana menteri dijangka tidak kekal lama.
Jika penyingkiran Pak Lah diketuai Najib Altantuya dan Muhyiddin Yassin dengan bantuan Mahathir dari belakang tabir, kali ini skripnya agak berbeza.
Mahathir sendiri yang menjadi bos Muhyiddin merencana startegi sama ada dalam dan di luar negara bagi menyediakan tapak pelancaran paling baik untuk memulakan serangan setelah dikatakan gagal dalam perhimpunan agung Umno (PAU) yang berakhir hujung minggu lalu.
Mahathir kini mendapatkan sumber luar bagi menentang Najib Altantuya yang dikatakan meminta bantuan bekas musuh yang dijatuhkannya, Pak Lah tetapi sehingga kini Pak Lah terus membisu kerana beranggapan Najib Altantuya seorang yang tidak tetap pendirian.
Inilah kelemahan ketara paling menyerlah ditunjukkan Najib Altantuya kerana kini dia dikatakan keseorangan di atas manakala tekanan semakin memuncak dari bawah terutama dari Muhyiddin sendiri dan tiga Naib Presiden Umno yang dimalukannya secara 'tidak sengaja'.
Anda fikir Najib Altantuya bergurau semasa menggelar ketiga-tiga mereka menggunakan penjodoh bilangan 'ekor' yang hanya layak dipakai oleh haiwan?
Tidak!
Sebenarnya, Najib Altantuya tidak bergurau malah itulah masanya yang paling sesuai untuk menjelaskan kedudukannya yang sebenar betapa dia kini diserang oleh keempat-empat manusia di bawahnya termasuk sepupunya sendiri, Hishamuddin Hussein.
Najib Altantuya memang sudah tidak percayakan mereka semua dan ini memudahkan kerja Mahathir menjatuhkannya selepas terbongkar skandal pembelian syarikat arak terbesar di Asia, San Miguel oleh Mirzan yang didedahkan juak-juak Najib Altantuya kunun bagi menutup mulut Mahathir yang geram dengan tindakan anak bangsawan dari Pahang itu.
Saya ringkaskan buat Najib Altantuya: Dia kini sedang menerima 'pukulan maut' daripada pendedahan 'bom berangkai' dari Musa Hassan, Deepak Jaikishan, P Balasubramaniam dan Ramli Yussuff atas arahan Mahathir yang meminta mereka semua muncul untuk menggulingkan Najib Altantuya dengan cara yang paling memalukan.
Pak Lah pula tidak terkecuali, dengan dendam Mahathir terhadapnya membatalkan projek Jambatan Indah pada 2006 masih belum reda, kelmarin satu skandal membabitkan keluarga perdana menteri kelima itu didedahkan atas arahan Mahathir sendiri.
Pengerusi Biro Pelaburan KEADILAN, Wong Chen yang mendedahkan perkara itu berkata, syarikat Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd yang dimiliki Noor Asiah Mahmood, adik kepada isteri pertama Abdullah, Allahyarham Endon Mahmood, memiliki 15 peratus pegangan saham dalam Malaysian Intelligence Meters Sdn Bhd (MIMSB), salah sebuah daripada lima syarikat yang membekalkan meter elektronik tersebut kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Mahathir tidak akan puas selagi tidak melihat Pak Lah tersungkur seperti mana dia melakukannya terhadap Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim.
Skandal yang membabitkan sejumlah RM6.88 bilion itu tidak dapat diselindung lagi dan kini Pak Lah sedang meniti saat sukar mempertahankan perniagaan keluarga yang diwarisi sejak zaman isteri pertamanya yang meninggal dunia, Endon Mahmood.
Setakat ini, Pak Lah terus membisu seperti biasa, seakan meneruskan tabiat 'tidurnya' dalam pejabat semasa menjawat jawatan perdana menteri dari 2003 hingga 2008.
Kekalahan memalukan dalam pilihanraya umum lalu turut dijadikan alasan Mahathir menghukum Pak Lah yang sudah berhenti menyerangnya selepas berundur pada 6 April 2009.
Pergolakan dalaman Umno kekal berterusan selagi Mahathir tidak bersara sepenuhnya dari politik tanah air, kerana menyelamatkan perniagaan ahli keluarganya lebih utama dari menyelamatkan ekonomi negara.
Tunggulah episod terakhir babak pertentangan antara ketiga-tiga mereka ini yang sudah pastinya membuatkan Umno semakin lemah menggengam kuasa yang semakin bersisa di Putrajaya.
Pencacai SeMalaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.