Kalau takdak masalah, pasai apa tak istihar harta sekarang. Pasai apa
nak kena tunggu lepas PRU13 baru nak istiharkan harta. Itu pun kalau PR
menang lagi di Perak dan depa dua sepupu ni menang dan dilantik jadi
Exco.
Bukan semata-mata istiharkan harta tapi depa kena buktikan melalui peristiharan harta tu yang depa memang berkemampuan beli syarikat Upayapadu Sdn. Bhd. tu dengan duit depa sendiri tanpa kaitan dengan mana-mana cukong.
ePaper Harakah. Harakah cetak versi digital untuk langganan.
Homestay Tempayan Hijau Penginapan budget di Parit Buntar
Pasainya kalau setakat elaun depa sebagai wakil rakyat dan Exco Perak
selama 11 bulan sebelum ni, takkan depa mampu beli syarikat yang
bernilai lebih RM30juta tu.Dalam Kenyataan Akhbar terbaru yang dikeluarkan oleh Adun Canning YB Wong Kah Woh ada menyebut:
It is indeed a PR Perak policy that all EXCO members are to declare their assets. This is one of the many important manifestos for PR Perak in PRU13. The declaring of assets is not a problem to anyone of the PR elected representatives. - Facebook.Dari ayat kat atas tu, Ngeh dan Nga memang bersetuju untuk istiharkan harta.
Cumanya, pasai apa tak istihar harta sekarang. Pasai apa nak kena tunggu lepas PRU13 baru nak istiharkan harta. Itu pun kalau PR menang lagi di Perak dan depa sepupu berdua ni menang dan dilantik jadi Exco.
Dalam isu 'skandal' Upayapadu ni, dah tak timbul sebenarnya isu rasuah tanah oleh kerajaan Kelantan kepada DAp supaya diberi laluan kepada Hj Nizar jadi MB Perak selepas PRU12 dulu.
Rentetan peristiwa macam yang Setiausaha Akhbar TG Nik Aziz bentangkan dalam Kenyataan Media sebelum ni memang cukup jelas. Langsung tak timbul isu kerajaan kelantan bagi tanah kepada Ngeh atau Nga.
Yang jadi isu sekarang ni macamana Ngeh dan Nga boleh berjaya memiliki syarikat Upayapadu Sdn. Bhd. yang bernilai lebih RM30juta.
Cuma peristiharan harta yang terbukti bersih saja yang boleh membersihkan nama Ngeh dan Nga yang juga bawa nama Pakatan Rakyat di Perak dengan harapan Pakatan Rakyat masih dibagi kepercayaan untuk rampas semula negeri perak.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.