Naib
Presiden, PAS Datuk Mahfuz Omar mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli
perniagaan Deepan Jaikishan yang memberi beberapa kenyataan berhubung
Najib serta ahli keluarganya.
Mahfuz
berkata lagi, tindakan itu perlu dilakukan memandangkan dakwaan yang
dilakukan Deepak bukan sahaja memburukkan nama ahli keluarga Najib
tetapi juga nama negara.
Dalam
pada itu, Mahfuz turut memuji keberanian tindakan bekas pesuruhjaya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Robert Phang yang
berkemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas ketua
polis negara, Tan Sri Musa Hassan.
"Saya 'salute' dengan Robert Phang yang (mahu) menyaman Tan Sri Musa kerana punya keberanian untuk membersihkan nama dia.
"Rakyat
juga sebenarnya ternanti keberanian Najib untuk ambil tindakan pada
Deepak yang saya anggap dakwaannya mencalarkan nama baik Najib dan
keluarganya. Saya tak tahu sama ada Robert Phang lagi berani dari Najib
atau Najib yang takut daripada Robert Phang.
"Saya cabar Najib (ambil tindakan). Ini bukan sahaja mengenai Najib dan keluarganya tetapi tentang negara," kata Mahfuz.
Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara hari ini.
Deepak
sebelum ini dalam temuramahnya dengan beberapa media antaranya
Malaysiakini mendakwa Najib mempunyai peranan dalam isu penarikan balik
pengakuan berkanun (SD) pertama penyiasat persendirian P Balasubramaniam
pada tahun 2008.
Deepak
juga sebelum ini mendedahkan beberapa perkara antaranya melibatkan
isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor serta adiknya Datuk Nazim Razak.
Sementara
itu, pada sidang media sama, Mahfuz turut melahirkan rasa keraguannya
mengenai cadangan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
menapis senarai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Mahfuz berkata, proses tapisan tersebut merupakan proses biasa dan tiada tindakan konkrit akan diambil selepas itu.
"Isu
sekarang, jika ada calon bersih ketika tapisan, tetapi selepas jadi
wakil rakyat, menteri itu terbabit dengan isu rasuah, adakah SPRM berani
untuk ambil tindakan?
"Soalnya
SPRM kena berani ambil tindakan jika wujud kes... bukan sekadar jadi
medium penapisan calon. Walaupun cadangan nak tapis calon ini bagus tapi
fungsi dan tindakan SPRM selepas itu yang jadi persoalan.
"Lebih baik parti sendiri yang jalankan penapisan calon. Sebab kes yang ada sekarang pun SPRM gagal ambil tindakan," katanya.
Sebelum ini, kerajaan dicadang mewajibkan parti politik mengemukakan senarai calon PRU-13 untuk proses tapisan SPRM.
Pengerusi
Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM Datuk Johan Jaafar
dilaporkan berkata, ia antara yang dirangka oleh pihaknya untuk
dicadangkan berkuatkuasa menjelang PRU-13 akan datang.
Cadangan
ini membabitkan semua parti politik dan individu yang akan bertanding
sebagai calon Bebas, termasuk Ahli Parlimen atau ADUN yang bakal
dicalonkan semula atau yang pertama kali bertanding.
Ia bagi
memastikan calon yang bakal bertanding ‘bersih’ daripada rasuah, selain
mengelakkan tohmahan tidak berasas ke atas individu yang akan bertanding
atau partinya.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.