Perhimpunan
Agung Umno ke-66 yang hangat diperkatakan telah berakhir dengan
tangisan. Laungan bahawa mereka akan merampas dua pertiga kerusi di
Parlimen bakal dimusnahkan oleh peluru berpandu yang disasarkan dari
akar umbi mereka sendiri kepada pemimpin teratas yang sering dibelenggu
skandal dan masalah, iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Walaupun
akur bahawa rasuah itu sendiri merupakan musuh ketat Umno, Najib telah
gagal menyentuh isu rasuah atau berjanji untuk memulakan lembaran baru
dimana ketelusan akan menjadi kewajiban dan tiada yang akan terkecuali.
Ini
tidak mengejutkan pesaing politiknya, Ini berdasarkan 3 kes yang
terbongakar hanya beberapa hari sebelum perhimpunan Umno bermula.
Mereka boleh mencanangkan bahawa
mereka yakin akan menang dalam pilihan raya umum ke-13 namun jauh
dilubuk hati perwakilan Umno dan ahli-ahlinya yang lain, mereka tidak
percaya," ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad memberitahu Malaysia
Chronicle.
"Sebenarnya,
akar umbi telah kecewa dan jijik dengan kecurangan dan rasuah pemimpin
mereka tetapi mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana ini sememangnya
sifat Umno.
Sesiapa yang tidak tahan akan meninggalkannya,dan yang masih
bertahan pula sebenarnya berharap akan mendapat sedikit sebanyak habuan
daripada rasuah walaupun mereka tahu ianya salah. "
Bom BERGANDA, ada lagi bakal menyusul?
Berita
ini telah menyebabkan ahli Umno yang membanjiri Pusat Dagangan Dunia
Putra di Kuala Lumpur di mana kongres tahunan mereka telah diadakan
terkedu.
Mungkin juga berita ini telah menjadi lebih panas kerana Najib
dengan bodohnya tidak memberi kebenaran kepada peguam Perancis itu untuk
masuk ke Malaysia dan memberi taklimat kepada Ahli Parlimen mengenai
status terkini kes, sekaligus meningkatkan perasaan curiga terhadap PM
dan isterinya Rosmah Mansor, dimana kedua-duanya telah dituduh terlibat
kerana bekas pengawal peribadi merekalah yang telah dujatuhkan hukuman
gantung kerana didapati membunuh.
Seterusnya
pula merupakan bom berkembar yang telah digugurkan oleh penjual
permaidani Deepak yang juga, bekas teman karib Rosmah.
Menurut Deepak,
pasangan pertama itu meminta bantuannya untuk menerbalikkan akuan
berkanun yang telah mengaitkan mereka dalam pembunuhan Altantuya.
Berita
itu memberi peluang untuk membuka semula perbicaraan pembunuhan
Altantuya dimana keadilannya dipersoalkan apabila mahkamah dituduh
mengabaikan bukti bahawa pengawal peribadi itu mungkin hanya diupah oleh
pihak yang mengarahkan mereka dan pembunuh sebenar masih bebas.
Tambahan
pula, ahli-ahli Umno bagaikan tidak peduli akan salah laku presiden
Umno serta isterinya, Deepak juga menuduh seorang "ahli keluarga Najib"
telah mengaut berjuta-juta keuntungan daripada hasil meluluskan projek
RM100 juta Puspahanas, sebuah pusat penyelidikan untuk Kementerian
Pertahanan yang telah diswastakan pada tahun 2005 tetapi hanya kira-kira
20% sahaja yang siap dibina sehingga hari ini.
"Bagaimanapun,
manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Walaupun Perhimpunan
yang baru berakhir itu seperti telah dirancang dengan teliti, dengan
begitu banyak nasihat yang diberikan oleh mereka yang berucap pada empat
hari persidangan Umno untuk menampakkan keikhlasan Umno pada PRU ke-13
nanti, kesimpulan yang telah dibuat oleh rakyat Malaysia adalah walaupun
sibuk dengan cakap-cakap tentang "transformasi", para pemimpin Umno dan
Umno itu sendiri tidak akan mampu berubah selagi Umno masih korup dalam
memegang kuasa.
"Umno
dan Barisan Nasional telah sinonim dengan rasuah di Malaysia dan setelah
44 bulan Najib menjadi Perdana Menteri, nampak begitu jelas bahawa
Najib sememangnya hanya pandai melaungkan slogan anti-rasuah tetapi
sebenarnya tiada kesungguhan dan komitmen untuk membasmi rasuah,
terutamanya yang melibatkan politik dan pemimpin-pemimpin tertinggi
kerajaan.
"Inilah
sebabnya mengapa dalam Perhimpunan Agung UMNO ke-66, kita telah
menyaksikan lakonan menyedihkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa
Aman, yang menghilangkan diri setelah usaha berani oleh wakil-wakil
media menunggunya memberi maklum balas kepada perwakilan UMNO Sabah yang
mahu Musa menjelaskan skandal "derma politik kepada UMNO Sabah" yang
berjumlah RM40 juta yang diberikan kepadanya oleh usahawan balak Sabah,
Michael Chia.
Apa yang
juga membimbangkan adalah Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi yang
langsung tidak menyentuh isu projek RM100 juta Kementerian Pertahanan
pada tahun 2005 yang dibangkitkan oleh usahawan Deepak Jaikishan.
Tindakannya itu juga mengiakan tindakan Najib yang juga tidak mahu
memberi respon kepada dakwaan Deepak kerana ia melibatkan ahli
keluarganya dan juga kes pembunuhan berprofil tinggi warga Mongolia
Altantuya Shariibu.
Roh Altantuya telah menghantui Najib pada
perhimpunan Agung Umno ke-66 itu. Kenapa agaknya roh ini tidak boleh
tenteram?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.