Followers

Thursday, December 6, 2012

Musa jadi KPN dulu pun kerana tilam

 
Datuk Ramli Yusuff, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) PDRM, berasal dari Kelantan dan pernah menjadi Ketua Polis Sabah serta Ketua Polis Pahang.

Beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengarah JSJK sejak Mei 2005 dan pada satu ketika, adalah merupakan pegawai atasan (senior) kepada Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara (KPN). 

Namun disebabkan sikap 'no-nonsense' Datuk Ramli dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam pasukan polis, beliau tidak disenangi oleh mereka-mereka yang memegang kuasa. 

Antara tindakan Datuk Ramli yang tidak disenangi oleh mereka yang berkuasa ialah usaha pasukan beliau menjejak penjenayah bernama Goh Cheng Poh@Tengku Goh pada Disember 2006.

Dipercayai, Tengku Goh mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan mereka yang berkuasa termasuk Musa Hassan sendiri. Dipercayai hubungan baik Musa Hassan dengan Tengku Goh bermula ketika Musa Hassan memegang jawatan sebagai Ketua Polis Johor. (Bekas IGP, AG dan ketua kongsi gelap)

Walaupun Datuk Ramli telah berada pada kedudukan ketiga tertinggi dalam hirarki PDRM, peluang beliau untuk naik menyandang jawatan Timbalan Ketua Polis Negara seterusnya jawatan KPN, telah dihalang disebabkan tindakan tegas beliau.

Datuk Ramli serta seluruh pasukan penyiasat JSJK yang telah memerangkap Tengku Goh, kemudiannhya dituduh dengan pelbagai kesalahan jenayah dan telah didakwa di mahkamah.

Tindakan ini dipercayai bagi menyekat peluang Datuk Ramli untuk dinaikkan pangkat sebagai Timbalan KPN dan seterusnya membuka jalan kepada Musa Hassan, yang pada ketika itu berkedudukan lebih junior daripada Datuk Ramli untuk melangkah kedudukan Datuk Ramli.

Tindakan pihak yang memegang kuasa ini dipercayai sebagai 'imbuhan' atas kesetiaan Musa Hassan dan pasukan 'tilam'nya memanipulasikan perbicaraan Liwat 1 yang melibatkan DS Anwar Ibrahim satu ketika dahulu.

Namiun setelah kes Datuk Ramli dibicarakan, Hakim M Gunalan memutuskan pendakwa raya telah gagal dalam membuktikan kes prima facie terhadap Ramli dan membebaskan beliau sehari selepas Musa ditamatkan kontraknya sebagai KPN. - M@RHAEN
 

Ramli Yusuff: Musa juga pernah salah guna kuasa semasa jadi KPN

 Tan Sri Musa Hassan pernah menyalahgunakan kuasanya semasa memegang jawatan  Ketua Polis Negara (KPN) dan bersubahat dengan Peguam Negara (AG) menggugurkan satu kes jenayah melibatkan dirinya pada 2006, kata bekas rakan setugas dan pesaingnya Datuk Ramli Yusuff.

Beliau memberi respon kepada dakwaan bekas KPN dalam sidang media minggu lalu, di mana Musa menuduh Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara menteri dan ahli politik yang campur tangan dengan  urusan polis.

“JSJK pernah menangkap seorang penjenayah bernama Goh Cheng Poh@Tengku Goh pada Disember 2006.

“Tengku Goh membuat afidavitnya dan membabitkan nama Musa Hassan.

“Kemudiaan, saya serahkan kepada pejabat AG, namun tidak difailkan di mahkamah mengakibatkan permohonan habeas corpus oleh Tengku Goh dibenarkan dan dibebaskan,” kata Ramli kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi.


Polis veteran bersara itu menjadi pengkritik lantang Musa dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang beliau menyalahkan kedua-duanya kerana meletakkan dirinya di kandang tertuduh atas tuduhan rasuah pada tahun 2007, dimana beberapa media arus perdana mensensasikan sebagai kes “polis RM27 juta”.

“Sebaliknya, AG mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mendapatkan fail sulit berkenaan kes ini dan memburu pemberi maklumat untuk mengubah keterangan asal mereka,” kata Ramli, yang pernah menjadi orang nombor tiga dalam pasukan polis.

Apabila ditanya apakah bukti untuk menyokong tuduhan itu, Ramli berkata “Kalau apa yang saya katakan tidak betul, saya bersedia dikenakan tindakan undang-undang oleh Musa atau Gani. Berani kerana benar.”

Ramli turut mempertahankan pengganti Musa, Tan Sri Ismail Omar dan berharap Ismail diberikan peluang membuktikan keupayaannya.


“Persepsi buruk bermula daripada zaman Musa Hassan.

“Tan Sri Ismail Omar sedang berusaha memperbaiki imej tersebut,” kata Ramli merujuk kepada persepsi buruk dikalangan orang ramai terhadap pasukan polis.

“Pada saya, tidak adil lah jika Musa berterusan menyerang IGP sekarang.”

Ramli mendakwa kritikan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh Musa dan kerajaan bukanlah perkara baru menurut Ramli kerana bekas KPN itu sebelum ini pernah melakukan perkara sama.

“Dia mula menjadi vokal dan mengkritik kerajaan semasa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin mengumumkan dia tidak dilanjutkan perkhidmatannya,” kata Ramli yang mengganggap ia sebagai punca ketakpuashatian Musa.

Musa bertugas sebagai KPN selama lebih tiga tahun sebelum bersara pada 13 September 2010 selepas kes rasuah ditutup pada Julai 2007 kerana kurang bukti.

Dalam kenyataannya minggu lalu, Musa mendakwa keenggannya mengikut arahan Hishammuddin adalah antara salah satu punca beliau tidak dilanjutkan kontrak sebagai KPN.

Pasukan polis dan beberapa agensi penguatkuasaan berada dibawah portfolio menteri dalam negeri.
.....
Oleh Md Izwan - The Malaysian Insider December 04, 2012 – Gambar oleh Choo Choy May

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.