KUALA LUMPUR, 4 Dis – Tan Sri Musa Hassan pernah menyalahgunakan kuasanya semasa
memegang jawatan Ketua Polis Negara (KPN) dan bersubahat dengan Peguam Negara
(AG) menggugurkan satu kes jenayah melibatkan dirinya pada 2006, kata bekas
rakan setugas dan pesaingnya Datuk Ramli Yusuff.
“JSJK pernah menangkap seorang penjenayah bernama Goh Cheng Poh@Tengku Goh pada Disember 2006.
“Tengku Goh membuat afidavitnya dan membabitkan nama Musa Hassan.
“Kemudiaan, saya serahkan kepada pejabat AG, namun tidak difailkan di mahkamah mengakibatkan permohonan habeas corpus oleh Tengku Goh dibenarkan dan dibebaskan,” kata Ramli kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi.
Polis veteran bersara itu menjadi pengkritik lantang Musa dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang beliau menyalahkan kedua-duanya kerana meletakkan dirinya di kandang tertuduh atas tuduhan rasuah pada tahun 2007, dimana beberapa media arus perdana mensensasikan sebagai kes “polis RM27 juta”.
“Sebaliknya, AG mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mendapatkan fail sulit berkenaan kes ini dan memburu pemberi maklumat untuk mengubah keterangan asal mereka,” kata Ramli, yang pernah menjadi orang nombor tiga dalam pasukan polis.
Apabila ditanya apakah bukti untuk menyokong tuduhan itu, Ramli berkata “Kalau apa yang saya katakan tidak betul, saya bersedia dikenakan tindakan undang-undang oleh Musa atau Gani. Berani kerana benar.”
Ramli turut mempertahankan pengganti Musa, Tan Sri Ismail Omar dan berharap Ismail diberikan peluang membuktikan keupayaannya.
“Persepsi buruk bermula daripada zaman Musa Hassan.
“Tan Sri Ismail Omar sedang berusaha memperbaiki imej tersebut,” kata Ramli merujuk kepada persepsi buruk dikalangan orang ramai terhadap pasukan polis.
“Pada saya, tidak adil lah jika Musa berterusan menyerang IGP sekarang.”
Ramli mendakwa kritikan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh Musa dan kerajaan bukanlah perkara baru menurut Ramli kerana bekas KPN itu sebelum ini pernah melakukan perkara sama.
“Dia mula menjadi vokal dan mengkritik kerajaan semasa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin mengumumkan dia tidak dilanjutkan perkhidmatannya,” kata Ramli yang mengganggap ia sebagai punca ketakpuashatian Musa.
Pemuda PAS Wangsa Maju
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.