Followers

Tuesday, December 4, 2012

Main sentimen Melayu tapi tanah dipijak milik ‘Umno’ – Anwar


BATU PAHAT 3 NOV: Orang Melayu usah terpedaya dengan jarum politik Umno yang cuba menyalakan api perkauman melalui bait-bait lagu ‘Warisan’.
Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata lagu ‘popular’ Biro Tata Negara (BTN) sengaja diputar pada Perhimpunan Agung Umno untuk meraih simpati orang Melayu.

“Menyanyi lagu ‘anak kecil main api. Kemudian, (ada bait lagu) ‘tanah dipijak milik orang”. Milik orang mana? Milik pemimpin Umno!


“Cuba tanya. Berapa harta Daim (Zainuddin). Berapa harta Najib Razak. Berapa harta keluarga Dr Mahathir?

“Kemudian mahu cakap soal Melayu. Ini cakap pembohong dan penjilat,” katanya depan lebih 15,000 rakyat pada Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Batu Pahat, Johor semalam..

Umno memperalat bait-bait lagu itu untuk dimomok kepada perwakilan parti itu hingga ada mereka menyangka hak Melayu terhakis jika Pakatan memerintah.

Sedangkan, kekayaan negara dibolot segelintir pemimpin Umno dan kroni mereka.

Anwar kesal kerana Umno sejak Perhimpunan Agung 1998 hingga kini hanya memaki dan memfitnah beliau tetapi mengabai isu dasar untuk kepentingan negara.

“Sampai sekarang maki saya. Kenapa tak bincang ekonomi, kenapa tak kritik isu kontrak, balak dan tanah yang hilang? Mana Pemuda Umno?

“Kamu fitnahlah banyak mana pun. Sekarang Umno sudah jadi parti yang tak relevan, yang hidup dalam penafian. Kasihan…” sindir Anwar.

- http://www.keadilandaily.com/?p=40468



Jeebond

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.