Mahathir lebih gabrah daripada Najib
Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, berkata Dr Mahathir yang sudah
bersara akhir 2003 selepas 22 tahun menjadi Perdana Menteri juga
terpaksa bekerja keras kerana bimbang Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.
Katanya, semalam, Mahathir berada di Sik untuk mengingatkan ahli UMNO
bagi menghilangkan rasa tidak puas hati terhadap calon yang dipilih
kepimpinan tertinggi UMNO/BN jika mahu lihat UMNO/BN kekal berkuasa
selepas PRU-13.
Mahathir meminta ahli UMNO mengenepikan perbezaan dan memberi sokongan
penuh kepada calon UMNO/BN yang terpilih kerana keutamaan sepatutnya
untuk memastikan kejayaan supaya BN dapat menang besar dan membentuk
kerajaan yang kuat.
“Perkara itu amat luar biasa tetapi kebiasaan Mahathirism yang mana Mahathir perlu memberi amaran mengenai penyakit “Melayu mudah lupa”
sebagai punca tidak puas hati di dalam UMNO sehingga tidak menyokong
calon yang terpilih, sedangkan Mahathir sendiri adalah gambaran terbaik
penyakit “Melayu mudah lupa” apabila giat berkempen menentang Tun
Abdullah sebagai Perdana Menteri pada PRU 2008,” katanya.
Kit Siang yang juga Ketua Parlimen DAP berkata, jelas pada Mahathir,
yang BN berada di hujung tanduk pada PRU-13 bukan soal jawatan Perdana
Menteri Najib tetapi legasi Mahathir, dan tiada keraguan lagi yang mana
satu akan mendapat keutamaan sekiranya berlaku pertembungan antara
jawatan Perdana Menteri Najib dan legasi Mahathir.
“Itu sebabnya mengapa rakyat Malaysia mendapati kenyataan Najib dalam
wawancara bersama Malay Mail Jumaat lalu bahawa beliau memerlukan mandat
daripada pengundi untuk mereformasikan UMNO adalah mengejutkan.
“Pertama, hal itu terkena pada diri sendiri dalam Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO
ke-66 sepuluh hari lalu, mengakui kegagalan UMNO/BN pada PRU ke-12 2008
adalah “isyarat jelas rakyat Malaysia kepada UMNO dan rakan dalam BN
untuk berubah, sesuai dengan selera, aspirasi dan jangkaan rakyat,”
katanya.
Apabila Najib mengatakan beliau memerlukan mandat pengundi pada PRU-13
untuk mereformasikan UMNO, sebenarnya Najib mengakui dia gagal
mereformasikan UMNO meskipun “isyarat jelas” daripada rakyat pada PRU-12
bahawa UMNO mesti berubah – sebab yang mencukupi mengapa UMNO/BN mesti
diganti dengan Pakatan Rakyat di Putrajaya pada PRU-13.
“Jika UMNO/BN mendapat majoriti dua pertiga pada PRU-13, jumlah kerusi
Parlimen Pakatan Rakyat akan berkurang sekurang-kurangnya lapan kerusi,
iaitu 74 daripada 82 kerusi yang dimenangi pada PRU-12 , memberi BN
majoriti sekurang-kurangnya 74 kerusi.
“Bagaimanapun, sekiranya Pakatan Rakyat boleh memenangi majoriti yang
banyak melalui empat juta pengundi atas pagar dalam daftar pemilih yang
terdapat lebih 13 juta pengundi – terdiri daripada tiga juta pengundi
baru dan satu juta pengundi atas pagar daripada PRU-12 – Pakatan Rakyat
mampu mengalahkan UMNO/BN dan mendapat majoriti lebih 20 kerusi
parlimen,” ujarnya.
Kit Siang berkata, dalam senario terbaik itu, kemungkinan pembahagian
kerusi Pakatan Rakyat di dalam Parlimen adalah 45 untuk PKR manakala DAP
dan PAS masing-masing mendapat 40 kerusi – memberikan Pakatan Rakyat
majoriti kecil 28 kerusi.
Bagaimanapun, parti Pakatan Rakyat
mesti berkerja keras untuk memenangi pengundi atas pagar, memandangkan
perkembangan beberapa bulan ini memberi sebab untuk pengundi atas pagar
mula berasa ragu-ragu sama ada parti Pakatan Rakyat yang terdiri
daripada PKR, PAS dan DAP betul-betul komited terhadap Kerangka Dasar
Bersama PR dan Buku Jingga.
Keraguan yang diekploitasi habis-habisan oleh media perdana BN dan cybertrooper, perlu diatasi segera atau Pakatan Rakyat akan kehilangan peluang keemasan untuk memenangi Putrajaya pada PRU-13 dengan mudah. – Roketkini.
Kerajaan Rakyat
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.