KENYATAAN AKHBAR (20 DISEMBER 2012)
“WANITA KEADILAN SELANGOR TERUSKAN MOMENTUM DENGAN ‘PROGRAM AGENDA WANITA MALAYSIA BERSEPADU’ ”
Wanita Keadilan Selangor menyambut baik “Agenda Wanita Wanita” yang
telah dilancarkan pada 16 Julai 2012 yang lalu oleh Wanita Pakatan
Rakyat peringkat Pusat dan majlis perasmian peringkat Nasional telah
dilangsungkan pada 13 September 2012 yang lalu.
Dengan membawa mesej “Falsafah Hormat Wanita” dalam agenda tersebut,
maka Wanita Keadilan Selangor akan meneruskan momentum AWM dengan
mengadakan satu program BERSEPADU yang diadakan serentak di seluruh
kawasan yang telah dikenalpasti dalam Negeri Selangor.
Setakat pada tarikh sidang akhbar, program ini akan diadakan di 16 kawasan, iaitu:
Sabak Bernam
Tanjung Karang
Kapar (Sementa)
Kota Raja
Pelabuhan Klang
Kuala Langat
Shah Alam
Subang, Bukit Lanjan
Ampang, Bukit Antarabangsa
PJS, Taman Medan
Kelana Jaya, Seri Setia
Semenyih – Hulu Langat
Hulu Selangor – Batang Kali
Selayang – Rawang
Gombak – Batu Caves
Pandan
Sepang – Dengkil
Program ini yang dijalankan serentak di kawasan-kawasan yang disebutkan
akan diserikan dengan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan
kehidupan seharian wanita-wanita di kawasan tersebut, selain daripada
taklimat dan majlis penerangan berkenaan AWM ini.
Sebagai contoh,
pertandingan membuat makanan yang popular di sesuatu kawasan adalah
antara aktiviti yang bakal memenuhi acara program ini.
Sesi soal jawab
juga telah dimuatkan sebagai salah satu aturcara yang wajib.
Wanita Keadilan Selangor yakin dan percaya bahawa program ini pasti akan
membuka mata dan minda semua wanita yang mungkin masih belum mendapat
maklumat yang betul berkenaan dengan AWM dan hala tuju Kerajaan Pakatan
Rakyat terhadap membela nasib wanita khasnya.
Sekian
HANIZA TALHA
Ketua Wanita Keadilan Selangor
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.