Followers

Tuesday, December 11, 2012

Kehadiran Najib & Rosmah Dikedai Makan Daun Pisang, P. Jaya, Tidak Diperduli - Blog Omak Kau!!!!

 
 
Kehadiran najib dan rosmah dikedai makan daun pisang, petaling jaya...Langsung tidak diambil kisah oleh pelanggan disana!!!!!

Kesian Najib Razak... kehadiran beliau bersama sama dengan Rosmah dan anak lelaki mereka disebuah kedai makan daun pisang di Jalan Gasing Petaling Jaya, Selangor tengah hari tadi tidak diambil peduli dan pusing oleh para pelanggan yang kebetulan berada disana.

Yang sibuk rasa teruja ialah tuan punya kedai makan dan kakitangannya saja.
 
 
Mengapa boleh terjadi sebegini rupa sedangkan kalau dilihat disemua media milik dan kawalan UMNO dihebahkan seolah-olah Najib Razak seorang pemimpin yang diminati dan dikagumi rakyat.

Realitinya?.. Orang ramai dah tahu ini hanya satu sandiwara bagi tujuan nak naikkan imej beliau sekeluarga yang kononnya seorang pemimpin yang cukup sederhana dalam gaya hidup.

Tapi sayang sekali.. rakyat tidak mudah tersilau, terpukau, terpegun dan tergamam dengan lakunan murahan Najib anak beranak.

Yang nampak rasa pelik kehadiran mereka anak beranak ialah seorang pelancung asing yang duduk bersebelahan mereka....Itu pun sekadar menzahirkan rasa hairan.. 
 
Sepasang suami isteri bersama anak lelakinya makan tengah hari dikelilingi para kakitangan tetapi pelanggan lain buat tak kisah!!!

 
Sumber

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.