Followers

Wednesday, December 19, 2012

Kebebalan Zainuddin Maidin Dan Ketololan Utusan Malaysia

 
Saat membicara komentar yang diluahkan bekas menteri penerangan (lebih terkenal dengan jolokan menteri propaganda), Zainuddin Maidin, apa yang dapat disimpulkan adalah bagaimana Umno sebagai sebuah parti yang menaungi Zainuddin dan penyiar artikel, Utusan Malaysia, seakan dirasuk syaitan yang dikenali hanya kerana bekas presiden Indonesia, BJ Habibie bersahabat dengan musuh aula Umno, Anwar Ibrahim.

Terkadang, lucu juga melihat betapa Zainuddin yang diumpama jeneral tak berpangkat Umno sewaktu Mahathir berkuasa sudah mula menunjukkan sisi hodohnya sebagai seorang ahli politik, baik di dalam negeri mahupun di luar hingga mencipta ketegangan yang barangkali sengaja diadakan untuk mengalih perhatian umum tentang rasuah RM40 juta Musa Aman dan skandal komisen RM540 juta kapal selam Scorpene yang kini masuk fasa akhir siasatan di Paris, Perancis.

Bekas ahli parlimen Sungai Petani yang terkenal dengan keangkuhannya semasa kempen pilihanraya umum 2008 sebelum tumbang di tangan Johari Abdul, langsung tidak menunjukkan rasa insafnya atas kekalahan memalukan itu, sebaliknya terus menyerang Pakatan Rakyat dengan komen serta ulasan politik bagai orang gila talak mahukan kerusinya diberikan semula kepadanya.


Tak sampai 48 jam selepas artikel yang menyerang Bacharuddin Jusuf Habibie disiarkan, dengan tak semena-mena, Utusan mengeluarkannya dari laman berita dalam taliannya, petanda tindakan pihak yang salah yang cuma berani menjolok sarang tebuan tanpa memikirkan risikonya terhadap hubungan dua hala termasuk keselamatan negara.




Tidakkah Zainuddin merasa bersalah dengan artikel yang langsung tidak menunjukkan keinteletualannya sebagai seorang pemikir politik, jauh sekali sebagai seorang bekas wartawan Perbadanan Penyiaran British (BBC) edisi Melayu yang terkenal dengan komentar tajam lagi padat dengan analisis isu semasa?

Ke manakah semua itu menghilang, atau apakah penyertaaannya dalam Umno lebih 40 tahun lalu itu memandulkan kotak pemikirannnya hingga tergamak menulis sebuah artikel paling tidak bertanggungjawab terhadap bekas seorang pemimpin tertinggi negara?

Agaknya, jika Zainuddin menulis memburukkan Mahathir, rasanya pihak manakah yang berani menyiarkannya tanpa suntingan dan tanpa rasa bertanggungjawab?

Utusan yang terus merudum jualan akhbarnya setakat ini belum pun menyiarkan permohonan maaf secara terbuka bagi pihak Zainuddin walaupun pelbagai pihak mendesak akhbar kawalan rejim Zionis Umno itu segera berbuat demikian.

Ternyata, artikel oleh Zainuddin dan disiarkan pula Utusan jelas menunjukkan sudut jelek lagi hodoh bercampur tolol sesetengah pemimpin rejim Zionis Umno yang kurang menggunakan otak tetapi lebih gemar mencipta musuh tanpa memikirkan kesannya ke atas maruah dan kedaulatan negara.

JALAN PULANG

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.