Followers

Monday, December 17, 2012

Kasihan.....Pilih BN jika anda mahu saya, kata Najib


 
SANDAKAN - Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar akan terus bekerja keras untuk rakyat, terutama generasi muda yang merupakan masa depan negara.

Perdana Menteri berkata adalah penting bagi kerajaan menghulurkan teraju kepimpinan negara bila negara telah maju dan makmur.

"Terima kasih kerana percaya kepada saya dan saya harap anda akan terus menyokong Barisan Nasional.

"Kerajaan amat serius dalam menarik penglibatan belia kerana anda akan menjadi pemimpin negara kita satu hari nanti," kata Najib kepada peminat setianya yang berhubung dengan beliau menerusi Facebook yang dipanggil Ah Jib Gor, yang dalam bahasa Mandarin bererti abang Najib, di sini hari ini.

Najib berharap belia tidak melakukan kesilapan bila memilih seorang perdana menteri dalam pilihan raya umum akan datang.

"Tolong sokong BN jika anda masih mahukan saya pada kedudukan saya sekarang atau anda akan mendapat Ah Jib Gor atau abang yang salah," kata beliau sambil disambut dengan sorakan 'Ah Jib Gor' daripada peminatnya.

Najib, yang turut menyampaikan sijil keahlian kelab, berharap 300-anggota kelab itu di Sandakan, yang dilancarkan pada September, akan bertambah kukuh.


- Bernama/Malaysia Chronicle

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.