RATU PLASTIK |
Entah apa
dimakan semalam, tetiba bangun pagi terus nak buat kejutan! Eh, bukan
Yong nak buat kejutan yer.
Yong rakyat marhein yang setiap hari memang
terkejut dengan berita-berita tentang negara Malaysia yang kununnya
memiliki komitmen yang tinggi bab-bab menangani rasuah, lepas tu jadi
negara paling rasuah. Alahai!!!
Hujung
minggu ni ingat nak rilek sebab sepanjang minggu amat sibuk. Tapi
nampaknya kena jugak berceloteh di sini. Hahaha!. Komer baca berita yang
menggemparkan dan menakjubkan ini:
DAH MENGIGAU SPRM NIH? |
Yong petik sebahagian berita sensasi itu:
Langkah pastikan wakil semua parti bersih rasuah
Kuala Lumpur:
Kerajaan dicadang mewajibkan parti politik mengemukakan senarai calon
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) untuk proses tapisan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pengerusi
Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Datuk Johan Jaaffar,
berkata ia antara yang dirangka oleh pihaknya untuk dicadangkan berkuat
kuasa menjelang PRU-13 tidak lama lagi.
“Cadangan ini
membabitkan semua parti politik dan individu yang akan bertanding
sebagai calon Bebas, termasuk Ahli Parlimen atau ADUN yang bakal
dicalonkan semula atau yang pertama kali bertanding.
Calon bersih
Calon bersih
“Ini
bagi memastikan calon yang bakal bertanding ‘bersih’ daripada rasuah,
selain mengelakkan tohmahan tidak berasas ke atas individu yang akan
bertanding atau partinya,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat
panel berkenaan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), semalam.
Bagi orang
biasa, tentu kita harapkan calon PRU 13 itu bersih dari skandal rasuah
dan punya akhlak yang terpuji kan? Tapi, cuba komer baca siapa pulak
bagi respon ni:
SHAFIE APDAL CALON PRU13 PALING BERSIH? |
Shafie Apdal tu orang biasa kah? Ahha... tentu bukan. kan? kan? Jadi,
apa yang tersirat dalam kenyataan sokongannya terhadap cadangan SPRM
nih? Tolong story sikit?
Adakah Shafie Apdal ni orang Mahyuddin yang akan dicantas oleh Najib? Sebab tu cerita dia tetiba jadi hot! Jadi dia bersandiwara menyokong cadangan SPRM untuk menunjukkan kejantanan "aku berani, engkau berani disiasat SPRM?" supaya "aku tak dapat, orang lain pun tak dapat juga."
Alahai Shafie Apdal...miker nak kelentong sapa nih?
Adakah Shafie Apdal ni orang Mahyuddin yang akan dicantas oleh Najib? Sebab tu cerita dia tetiba jadi hot! Jadi dia bersandiwara menyokong cadangan SPRM untuk menunjukkan kejantanan "aku berani, engkau berani disiasat SPRM?" supaya "aku tak dapat, orang lain pun tak dapat juga."
Alahai Shafie Apdal...miker nak kelentong sapa nih?
TAKNAK, KATA PR |
Tapi...apesal awal-awal lagi pemimpin PR dah reject idea bernas SPRM
nih? Kenapa reject? Kan bagus kalau SPRM tapis calon dengan penuh
integriti! Nanti takde sorang pun calon BN akan dapat bertanding. PR
akan menang tanpa bertanding semua kerusi. Kahkahkah!
Toinggg! Yong mimpi rupanya!
Semua tahu SPRM dan BN berpisah tiada! Macam isi dengan kuku.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.