Heboh
dan menjadi mulut penduduk di sekitar Air Molek, Melaka apabila seorang
ahli parlimen dari Johor yang datang berceramah disitu Ahad lepas
dimalukan dengan "hadiah" berupa sebatang batu nisan dari seorang lelaki
diatas pentas ceramah.
Ahli Parlimen tersebut dibawah khas dari Johor Ahad lalu sempena Karnival 55 Jam Ayer Molek.
Menurut
penduduk, ketika ahli parlimen itu berceramah dan asyik mengutuk
pembangkang dan tokoh-tokoh utama pembangkang, seorang lelaki telah naik
ke pentas dan menghempas batu nisan dihadapan ahli parlimen tersebut.
Menurut
penduduk lagi, lelaki tersebut mendengar ceramah pada mulanya, bangun
menghilangkan diri, kemudian datang semula dengan batu nisan yang
seolah-olah baru dicabut.
Ahli
parlimen yang terkenal dengan sikap lantang dan merupakan ayam tambatan
bagi UMNO/BN diparlimen tersebut tergamam dan terus berhenti ceramah
seketika apabila ditanya oleh lelaki tersebut kenapa beliau datang
kesini dan kemudiannya lelaki tersebut terus menghempas batu nisan di
depan ahli parlimen tersebut dihadapan ratusan penyokong-penyokong
UMNO/BN.
Kejadian
itu turut disaksikan oleh ADUN Ayer Molek, Datuk Md Yunos dan oleh
ratusan penyokong-penyokong UMNO yang lain, yang belum pernah berlaku
dalam sejarah di Melaka ini. Tiada sesiapa mengenali lelaki terbabit,
mungkin juga cucu-cicit Hang Jebat yang ingin memberi amaran supaya
jangan makan sembarang makan.
Tidak tahu apa tujuan lelaki tersebut menghempaskan batu nisan, dihadapan Ahli Parlimen Seri Gading, Muhammad Aziz.
Mungkin
juga rakyat sudah jelek mendengar pembohongan-demi pembohngan UMNO
sedangkan kehidupan harian rakyat bawahan semakin tertekan dibawah
pemerintahan UMNO/BN.
Mungkin batu nisan itu simbolik bahawa sudah sudah sampai masanya UMNO dikuburkan setelah 55 tahun memerintah.
Lelaki
tersebut tidak dikenali tersbut telah dibawa oleh polis untuk disoal
siasat. Harian Metro ada mengeluarkan berita tersebut semalam di
ahkbarnya.
Keratan Harian Metro semalam
Di tapak inilah Ahli Parlimen tersebut "dihadiahkan" batu nisan
-selatanonline-
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.