KUALA LUMPUR 28 Dis - Anggota Pas yang bermaruah dan mempunyai prinsip
diri disaran untuk meninggalkan parti itu kerana dilihat sudah tidak
relevan sebagai parti yang ingin memperjuangkan Islam.
Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh memberi saranan
tersebut setelah dilihat parti tersebut terlalu banyak tersasar dariada
prinsip asal parti yang ingin memperjuangkan Islam terutama sejak
bersama pakatan pembangkang termasuk DAP dan PKR.
"Bukan sahaja telah melakukan banyak "kerosakan" kepada agama sejak
dahulu tetapi kini "penyakit" yang dialami oleh PAS semakin parah hingga
sanggup mengeluarkan fatwa yang bercanggah dengan agama semata-mata
untuk menjaga kepentingan politik," katanya yang juga merupakan Anggota
Majlis Tertinggi Umno di Besut hari ini.
Idris turut menasihatkan anggota Pas agar tidak mengikut telunjuk
pemimpin mereka secara 'membabi buta' kerana ia boleh merugikan umat dan
agama Islam untuk jangka masa yang panjang.
Tambahnya, amanat dikeluarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi
Awang pada 1981 yang telah menyebabkan umat Islam berpecah-belah itu
kini cuba dihidupkan semula oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat dengan menuduh orang Umno murtad.
Beliau mengingatkan bahawa amanat yang dikeluarkan oleh kedua-dua
pemimpin PAS itu jelas mempunyai kesan mendalam yang akan membawa kepada
perpecahan umat Islam yang lebih serius sekiranya ianya tidak
diperbetulkan.- klpos
MIMPI SENJA
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.