KUALA LUMPUR 13 Dis: Akibat menonjol melebihi suaminya, Datin Seri
Rosmah Mansor menjadi bahan sindiran mantan Perdana Menteri (PM), Tun Dr
Mahathir Mohamad.
Terbaru, isteri Datuk Seri Najib Razak itu sekali lagi
mengejutkan rakyat dengan penghasilan buku biografinya yang dikatakan
‘menjawab secara telus’ isu dakwaan kononnya fitnah ke atasnya.
Mahathir dilapor berkata, isteri PM itu berhak untuk menonjol setinggi
mana sekalipun.Beliau ditanya mengenai pandangan sama ada profil Rosmah
menjadi tinggi berbanding isteri PM sebelum ini.
“Tidak ada format
standard untuk dipenuhi sekiranya anda menjadi isteri kepada Perdana
Menteri. Anda boleh menonjol semahunya,” kata Mahathir dipetik.
Mengulas isu ini, Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aisyah Shaik Ismail
berkata, kenyataan Mahathir yang memberikan ‘lampu hijau’ untuk Rosmah
menonjol semahunya adalah sindiran jelas dan peringatan kepada
Najib.
“Mahathir sebenarnya mahu ingatkan Najib bahawa tidak ada isteri
PM yang lebih menonjol daripada Rosmah,” kata Aisyah ketika dihubungi.
“Semua rakyat tahu kedudukan Rosmah seperti PM. Tapi perkara ini
dipandang sepi oleh Umno. Sebab itu Mahathir ‘membenarkan’ Rosmah ke
depan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan Rosmah supaya sedar
siapa dirinya sebelum rakyat menghukum kesombongannya.
“Kalau ikutkan, Rosmah baru sahaja beberapa tahun jadi isteri PM. Isteri
Mahathir, (Tun) Siti Hasmah (Mohd Ali) pun tidak sepertinya yang lebih
lama menjadi isteri PM.
“Akibat keangkuhan itu, rakyat akan hukum Najib
yang akhirnya kalah pada pilihan raya akan datang,” ujar Aisyah. ~kd

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.