Ketua Sekretariat Pilihan Raya KEADILAN, Zakaria Abdul Hamid menegaskan,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus memberi penekanan
kepada tugasan lebih mendesak daripada membuat tapisan terhadap calon
pilihan raya.
Beliau mengulas cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang
mahu mewajibkan parti politik mengemukakan senarai calon tersebut kepada
SPRM untuk proses tapisan.
Menempelak cadangan itu, Zakaria berkata, SPRM perlu memperbaiki tugas
asasinya terlebih dahulu bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap badan
tersebut.
“Bukan tugas SPRM untuk buat tapisan. Tiap parti pastinya telah membuat tapisan sendiri.
“Mengapa SPRM tidak selesaikan dahulu kes-kes salahguna kuasa dan
berprofil tinggi seperti didedahkan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri
Musa Hassan dan yang dilaporkan Deepak Jaikishan,” kata Zakaria ketika
dihubungi.
Menurutnya, KEADILAN khuatir saranan tersebut akan dimanipulasi oleh Umno BN demi meraih kemenangan dalam PRU 13.
“Kita juga bimbang SPRM kemudian akan digunakan oleh pihak
berkepentingan iaitu Umno BN untuk menafikan hak calon-calon Pakatan
Rakyat untuk bertanding,” tambahnya.
Kerajaan Rakyat
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.