Followers

Tuesday, December 25, 2012

Bongkar: Anak Taib Mahmud miliki RM1.3j dalam KWSP dan 400 ribu unit saham ASN diterbitkan oleh PBO™






Singgit dua tak main la bro. juta-juta tu macam ratus-ratus ringgit je. Rakyat kebanyakkan masih ada pakai spender terkoyak, gulung kain nak redah hutan .. ini macam apa cerita.

Ni bukan cerita kosong bro, pengakuan saksi di kandang mahkamah. Habis terbongkar bro ... sikit lagi tinggal telanjang je belum ..

Mai mana banyak sangat duit tu? tak apalah ,, mungkin itu bisnes dia .. berapa tahun KM Sarawak ni berkuasa?

Yang rakyat SARAWAK dok masih pekak badak undi BN tu pe citer... yang undi pakatan rakyat tu kira ok la .. sedarlah bro .. cukup udah cukup sudah pada BN

Serius bro, cukuplah beri mandat kepada kaki kroni dan perompak harta rakyat.. pulangkan
pada rakyat ..  



Oleh Md Izwan


December 24, 2012

KUALA LUMPUR, 24 Dis — Saksi daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Amanah Saham Nasional (ASN) Berhad dalam perbicaraan tuntutan Mutaah bekas menantu Ketua Menteri (KM) Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah hari ini bahawa Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib memiliki aset simpanan RM1.3 juta dalam KWSP dan 400 ribu unit saham dalam ASN.


Saksi daripada KWSP, Anisah Bt Jaafar, 39 mengesahkan akaun milik Mahmud Abu Bekir tersebut yang mula dicarum sejak 1992 hingga tahun 2012 adalah berjumlah sebanyak RM1,367,584.66 (yang terkini) serta pernah dikeluarkan sebanyak dua kali iaitu pada 1998 (RM158,312) dan 2011(RM1,874,331).


“Ya, jumlah terkini dalam akaun KWSP milik Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib ialah sebanyak RM1,367,584.66.


“Beliau juga pernah membuat pengeluaran sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1998 dan 2011,” kata Anisah yang juga penolong pengurus caruman KWSP.


Menurut Anisah lagi, caruman terkini ke atas defendan Mahmud Abu Bekir dibuat oleh dua syarikat iaitu Cahaya Mata Sarawak Berhad sebanyak RM4,600 bulanan dan Titanium Project Management Sendirian Berhad sebanyak RM9,200 setiap bulan.


Selepas keterangan daripada saksi KWSP, Bazit Othman, 51 yang merupakan pengurus perhubungan ASN mengambil tempat di kandang saksi dan memberitahu bahawa defendan, Mahmud Abu Bekir memiliki sejumlah 404,226 unit saham dalam ASN dan juga Amanah Saham Bumiputera (ASB).


Bagi saham ASN, Mahmud Abu Bekir memiliki sejumlah 149,888.17 unit saham yang dikira mengikut nilai pasaran semasa dan saham ASB pula sejumlah 389,237.83 unit yang dikira mengikut harga pasaran tetap pada RM1 seunit, menurut Bazit.


“Beliau memiliki jumlah keseluruhan 404,226 unit saham di ASN yang mana 149,888.17 adalah di ASN dan 389, 37.83 unit lagi di dalam ASB,” kata Bazit.


Tambah Bazit, kedua-dua akaun tersebut telah didaftarkan sejak pada 2 Februari 1990.


Sementara itu, pegawai bank CIMB Sia Kwai Buay, 58, mengesahkan bahawa Mahmud Abu Bekir memiliki sejumlah RM5,751,557.53 dalam akaun semasanya dan RM3,008,663.1 di dalam akaun deposit tetap.


Bekas menantu Taib Mahmud, Shahnaz Abdul Majid ketika ini sedang menuntut RM100 juta untuk Mutaah, berikutan perceraian mereka, dan RM300 juta tuntutan bagi harta sepencarian.


Pasangan tersebut bercerai Mei lalu dan perbicaraan yang berjalan sejak 2011 ini adalah bagi menuntut sejumlah RM400 juta daripada bekas suaminya itu.


Shahnaz, kakak kepada penyanyi Datuk Shiela Majid dalam perbicaraan sebelum ini mendakwa bekas suaminya itu mempunyai 111 akaun bank dari seluruh dunia, termasuk di Kanada, Amerika Syarikat, Caribbean, Perancis, Monaco, Switzerland, Luxembourg, Malaysia, dan Hong Kong.


Pihak plaintif, Shahnaz Abdul Majid diwakili oleh peguam Mohd Rafie Mohd Shafie manakala Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mewakili pihak defendan.


Pada prosiding November lalu, Musinah Manap, pengurus bahagian khidmat pelanggan Maybank mengesahkan Mahmud Abu Bekir membelanjakan wang sebanyak RM782,520.88 dalam tempoh enam bulan.


Dalam penyata bank itu, Mahmud Abu Bekir telah menggunakan kad American Express sebanyak RM166,332.37 pada Januari; RM148,763.88 pada Februari; RM102,236.85 pada Mac; RM172,193.23 pada April; RM39,454.70 pada Mei; dan RM153,539.85 pada Jun, menjadikan jumlah keseluruhan ialah RM782,520.88.


Bekas menantu Taib Mahmud, Shahnaz ketika ini sedang menuntut RM100 juta untuk Mutaah, berikutan perceraian mereka, dan RM300 juta tuntutan bagi harta sepencarian.


Shahnaz dalam perbicaraan sebelum ini berkata jumlah RM400 juta yang dituntutnya itu masuk akal memandangkan mereka telah berkahwin selama lebih 19 tahun dan suaminya memiliki pendapatan bernilai berbilion ringgit.


Dalam permohonan cerai yang difailkannya sebelum ini, Shahnaz, yang mempunyai MBA dalam Kewangan berkata, dia mahu bercerai di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1948 kerana Mahmud Abu Bekir tidak memberinya nafkah batin sejak 2001.


Pasangan tersebut bercerai Mei lalu dan perbicaraan yang berjalan sejak 2011 ini adalah bagi menuntut sejumlah RM400 juta daripada bekas suaminya itu.



Pen Burok Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.