KUALA LUMPUR 21 DISEMBER: Jualan ‘biskut telinga cap Adnan’ akan dibuat
di Markas PAS Chegar Mendang, Bentong sempena konvoi Himpunan Hijau dari
Kuala Lumpur ke Kuantan pada 31 Disember 2012“.
Kita akan buat jualan biskut telinga cap Adnan,” kata Pengerusi Himpunan
Hijau, Wong Tack pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina
KL-Selangor, semalam.
Pada 30 November lalu, Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob mendakwa mahu
memotong telinganya dan terjun Sungai Pahang kononnya kerana yakin isu
Lynas tidak menjejaskan peluang BN di negeri itu.
Beliau berkata demikian ketika membuat pengumuman
mengenai konvoi Himpunan Hijau dari Kuala Lumpur ke Kuantan akan
diadakan pada 31 Disember 2012.Konvoi ‘Protes Anti-Lynas dari Kuala
Lumpur ke Kuantan’ bermula jam 8 pagi 31 Disember 2012 di Markas PAS
Taman Melewar, Gombak. ~kd

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.