Saudara Pengarang.
SAYA
Abdul Latif Bin Datu Bajan memohon jasa baik Sabahkini.net untuk
mengutarakan akan janji Datuk V.K Liew selaku Ahli Parlimen P.186
Sandakan yang belum ditunaikan.
Datuk V.K Liew pada
tahun lalu telah datang menemui saya di kediaman saya No. Rumah 76,
Jambatan 5, Kg. Berhala Darat, Jalan Sim-Sim, Sandakan dan turut
menguar-uarkan di Sabahkini.net akan janjinya ingin menyumbang sepasang
kaki palsu sebagai kemudahan pergerakan saya.
Penderitaan
saya yang juga bekas Komando Angkatan Tentera Malaysia di zaman darurat
dahulu turut diterbitkan di dalam rancangan Khabar Salam 1 Malaysia RTM
1 bagi Parlimen P.186 Sandakan.
Namun janji Datuk
V.K. Liew adalah ibarat fatamorgana (Mirage), menjadi santapan halwa
telinga sahaja. Sehingga ke hari ini bantuan sepasang kaki palsu ini
belum saya terima.
Masa
ini saya telah hampir sebulan terlantar di hospital kerana kencing
manis. Sebagai seorang insan yang pernah berkhidmat mempertahankan
kedaulatan Negara tercinta, janji manis ini amat mendukacitakan dan
melukakan perasaan saya.
Jangan
berjanji jika tidak dapat kotakan janji tersebut dan sudah hampir
setahun bantuan ini belum dapat ditunaikan. Adakah perlu kaki palsu ini
ditempah dari luar Negara hingga mengambil masa setahun untuk menunaikan
janji tersebut?
Saya
menimbulkan perkara ini agar konsep ‘JANJI DITEPATI’ sebagaimana yang
dilaungkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia sepatutnya turut diamalkan
oleh Datuk V.K. Liew selaku Ahli Parlimen BN di Sandakan dan Timbalan
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.
Salam hormat,
DATU ABDUL LATIF BIN DATU BAJAN
Insan malang, Kampung Sim-Sim, Berhala Darat, Sandakan.
(NOTA: Surat terbuka ini adalah tulisan dan kiriman Abdul Latif Bajan dan tiada kena mengena dengan Sabahkini.Net yang hanya membantu menyiarkan sahaja).
|
Followers
Sunday, December 2, 2012
BEKAS TENTERA MENDERITA TUNGGU JANJI V.K.LIEW
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.