Followers

Wednesday, December 19, 2012

Bagaimana Wang Haram Boleh Beredar Hingga RM871 Bilion?

 
Menteri Kewangan, Najib Altantuya perlu menjelaskan bagaimana hampir RM200 bilion wang kotor mengalir keluar dari Malaysia pada tahun 2010, kata Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).

Setiausaha Agung Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, keadaan ini meletakkan negara ini di tempat kedua di belakang kuasa ekonomi Asia, China dalam pengaliran modal global.

Jika beliau tidak dapat menjelaskan kedudukan isu dengan telus dan jujur dan tidak mampu mengambil tindakan mengatasi jenayah ini maka menteri tersebut semestinya meletakkan jawatan.

“Ini adalah suatu kepincangan yang sangat besar untuk diketepikan tanpa pertanggungjawapan penuh dari menteri kewangan. Di peringkat antarabangsa aliran wang haram adalah suatu jenayah serius yang tidak boleh dipandang ringan,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Laporan terbaru dari badan badan pemantau – Global Financial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat – berkata tahap pengaliran wang haram dari Malaysia itu pada tahun 2010 adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

Laporan terbaru mendapati lonjakan dramatik pengaliran modal di Malaysia – dari USD30.41 bilion (RM93 bilion) pada tahun 2009 kepada USD64.38 bilion (RM196.8 bilion) pada tahun 2010.

Pengawasan Lemah



Pemantau kewangan global itu telah memberi amaran bahawa pengaliran modal di Malaysia adalah “pada skala yang dilihat di beberapa negara Asia”.

Laporan GFI – ‘Aliran Kewangan Haram Dari Negara Membangun: 2001-2010′ – dihasilkan bersama oleh ahli ekonomi GFI, Sarah Freitas dan Dev Kar, yang merupakan bekas ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Menurut GFI, bagi aliran keluar wang haram terkumpul sepanjang lebih 10 tahun – dari 2001-2010 – Malaysia berada di kedudukan ketiga di dunia, selepas China dan Mexico.

Jumlah anggaran untuk tempoh 10 tahun bagi Malaysia ialah USD285 bilion (RM871.4 bilion), manakala bagi China ialah USD2,740 bilion, dan Mexico, USD476 bilion.

Mohd Azmi menambah, Ini menunjukkan tahap pengawasan sangat lemah dan begitu mudah untuk bolos keluar.

Mapim mempersoalkan apakah agensi yang bertanggungjawab memantau jenayah wang haram yang mengalir keluar dan masuk dalam negara ini tidak menjalankan tugas dengan berkesan, atau sememangnya melindungi kegiatan haram tersebut yang melibatkan pemimpin politik tertentu?

Pengaliran wang haram tersebut ada kaitan dengan pelbagai skandal dan kegiatan haram yang dilindungi supaya ia tidak disiasat walaupun pelbagai bukti menyokong dakwaan tersebut kini tersebar ke seluruh dunia.

Sekali lagi, Malaysia 'menempa nama' sebagai pusat pengaliran wang haram terbesar di Asia Tenggara dan kedua di benua Asia sesuai dengan jolokan 'Malaysia Truly Asia' yang gah dicanang bekas perdana menteri, Mahathir Mohammad bagi menggalakkan sektor pelancongan sekaligus menaikkan risiko negara ke tahap bahaya ekoran aliran keluar masuk wang haram yang sangat besar sejak 1995 lagi.

Dianggarkan lebih separuh daripada wang haram tersebut dialirkan ke pusat kewangan pesisir terkemuka dunia seperti di Pulau Cayman, British Virgin Island dan Switzerland. 



Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.