Menilai Kembali Barisan Nasional
Manifesto
Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum ke-9 pada tahun 1995
bertemakan, "Berwawasan, Adil dan Efisien,". BN berjaya memenangi 162
kerusi Parlimen dan 338 kerusi Dewan Undangan Negeri.
Dalam
pilihanraya umum tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam
kerajaan. Beliaulah Menteri Kewangan, Timbalan Perdana Menteri, Timbalan
Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional.
Anwar
Ibrahim memberi sumbangan yang besar dalam kemenangan besar BN itu.
Pilihanraya 1995 itu merupakan pilihanraya umum yang pertama sejak Anwar
memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Harapan rakyat kepadanya untuk membawa perubahan adalah tinggi. Dia dilihat sebagai bakal Perdana Menteri.
Rasuah Di Kalangan Pemimpin Kerajaan BN
Tetapi
Anwar gagal untuk membawa perubahan dalam Umno dan BN yang memerintah
itu. Pada 2 September 1998, lima tahun selepas dilantik menjadi Timbalan
Perdana Menteri, Anwar disingkirkan dari jawatan dan kini merengkok
dalam penjara.
Tuduhan
salahguna kuasa polis dan salahlaku seks direka-reka semata-mata. Isu
sebenar ialah rasuah dan penyelewengan dalam kerajaan yang dilakukan
oleh pucuk pimpinan tertinggi dalam kerajaan BN itu sendiri.
Perdana
Menteri dan menteri-menteri kanan yang rapat dengan Perdana Menteri itu
adalah pelaku-pelaku utama rasuah dan penyelewengan itu.
Anwar Lancarkan Perang Lawan Rasuah
Anwar
cuba melancarkan perang untuk membasmi rasuah dan penyelewengan
itu.Ketika beliau memangku jawatan Pemangku Perdana Menteribeberapa
minggu ketika Dr Mahathir Mohamad bercuti di luar negara, Anwar Ibrahim
telah membentangkan Akta Pencegahan Rasuah Tahun 1997.
Inilah
kesalahan besar Anwar yang tidak dapat dimaafkan oleh Perdana Menteri
dan mereka yang bersubahat dengan Perdana Menteri. Mereka berasa tidak
selamat dan terancam dengan Pindaan Akta Pencegahan Rasuah1997 itu.
Kenapa?
Kerana Akta itu boleh mengheret seseorang Menteri yang telah berhenti
dari jawatannyake mahkamah jika ada dakwaan kukuh dia berlaku rasuah
semasa memegang jawatan Menteri itu dulu.
Akta itu memberi tempoh 10 tahun selepas berhenti untuk mendakwa Menteri yang berlaku rasuah itu.
Menteri-Menteri Rasuah Cemas
Akta
sebelumnya tidak memberi peruntukan sedemikian. Jika seseorang Menteri
itu sudah kenyang membuat rasuah, dia boleh memilih meletak jawatan.
Selepas itu, dia selamat dari dakwaan kerana tidak ada peruntukan bagi
Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk mendakwa Menteri berkenaan.
Jika hendak didakwa seseorang Menteri yang rasuah, mestilah didakwa sebelum ia sempat meninggalkan jawatannya.
Pindaan
inilah yang menjadi Menteri-Menteri yang melakukan rasuah berasa cemas.
Mereka bimbang jika tiada Mahathir dan Anwar menjadi Perdana Menteri,
Anwar akan menggunakan Akta Pencegahan Rasuah 1997 itu untuk mendakwa
mereka. Inilah kesalahan utama Anwar bagi mereka.
Konspirasi Peringkat Tertinggi Bermula
Lalu
selepas itu, rintitan sejarah pun terjadi seperti diketahui umum.
Surat-surat layang bermula. Buku 50 Dalil dikarang dengan tergesa-gesa,
tuduhan liwat dan salahlaku seks dicambah, ditetaskan dan dibiakkan.
Daim
Zainuddin, Megat Junid, Rahim Thamby Chik, Aziz Shamsuddin, Zela
Jalil,Ummi Hafilda, Azizan Abu Bakar, Khalid Jeffri masing-masing
bertemu, berbincang, merancang, menulis surat, janji-janji wang dan
kontrak bertukar tangan.
Kes Buku 50 Dalil Masih Tidak Dibicarakan
Yang
menulis buku 50 Dalil Mengapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Menjadi Perdana
Menteri masih tidak dibicarakan di mahkamah atas tuduhan jenayah fitnah
walaupun buku itu telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
sebagai memfitnah Anwar.
Anwar
telah membuat tuntutan sivil ke atas buku tersebut. Dia berjaya.
Injunksi telah diberikan oleh mahkamah. Buku itu bersifat fitnah dan
dilarang disebarkan.
Pejabat Peguam Negara kemudian membuat pertuduhan jenayah ke atas Khalid Jeffri yang menulis buku itu.
Tetapi
perbicaraan ke atas Khalid Jeffri masih tidak diadakan. Hakim mahkamah
yang member injunksi kepada Anwar Ibrahim dipindahkan ke Johor Bahru.
Mengapa ini semua berlaku?
Tidak ada konspirasi?
Orang
Yang Difitnah Yang Dipenjarakan. Sebaliknya Anwar Ibrahim, orang yang
difitnah di dalam buku 50 Dalil itu yang dulu masuk penjara.
Kenapa
tidak perbicaraan buku 50 Dalil itu dibicarakan dulu? Tidakkah Anwar
lebih dahulu membawa saman malu ke atas buku itu? Waktu itu beliau masih
Timbalan Perdana Menteri?
Sudah
dikeluarkan perintah injunksi buku 50 Dalil itu tidak boleh diedarkan
pada umum, kenapa Ibu Pejabat UMNO mengedarkan buku tersebut ke dalam
beg-beg perwakilan Umno dalam Perhimpunan Agung Umno Tahun 1998.
Secara kebetulan? Tiada konspirasi untuk menjatuhkan Anwar dalam Umno?
Persubahatan Terjahat Bermula
Inilah
bentuk keadilan sistem mahkamah yang tidak lagi bebas. Fitnah disebarkan
dari Ibu Pejabat UMNO sendiri. Konspirasi pun bermula.
Ada
orang bernama Ummi Hafilda yang tersepit kewangan kerana banyak
berhutang sanggup menulis surat kepada PM dan terlibat dengan konspirasi
menjatuhkan Anwar. Dia menafikan mempunyai masalah kewangan dalam
perbicaraan Anwar.
Tetapi
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 6 Oktober lalu mengisytiharkan Ummi
Hafilda muflis kerana tidak membayar bil RM300,000 untuk iklan demi
memenuhi kontrak Megat Junid. Muflis ertinya bangkerap. Balasan berlaku
di depan mata.
Pemandu Tiba-Tiba Menjadi Pengarah Syarikat
Ada pemandu kereta, yang pendidikan formalnya tidak seberapa, merebut tawaran menjadi pengarah syarikat.
Dengan
tiba-tiba, dia hidup mewah, punya syarikat dan pakai kereta mahal.
Mengapa? Kerana manusia bernama Azizan Abu Bakar ini sedia untuk
bersubahat membuat kerja jahat memfitnah Anwar kononnya meliwat.
Sekarang,
Azizan Abu Bakar sendiri terpenjara tiga bulan kerana berkhalwat dan
percubaan untuk melakukan persetubuhan haram. Tilamnya pula yang diusung
ke Mahkamah Syariah Alor Gajah, Melaka. Satu lagi pembalasan berlaku di
hadapan mata.
Anwar Salahguna Kuasa?
Kesalahan
Anwar bukan kerana kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur sekarang. Juga bukan kesalahan salah guna kuasa ke atas Polis
dalam perbicaraannya yang terdahulu sehingga beliau dipenjara 6 tahun.
Bagaimana
Anwar hendak menyalahgunakan kuasa Polis sedang Polis tidak terletak di
bawah bidang kuasanya. Polis terletak di bawah Menteri Dalam Negeri.
Waktu
itu, Menteri Dalam Negeri ialah Dr Mahathir Mohamad. Anwar Ibrahim
adalah Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Dia tidak ada
kuasa ke atas Polis.
Demikian
hujah utama para peguam Anwar Ibrahim. Tetapi Hakim Datuk Augustine
Paul tetap menjatuhkan hukum mengikut skrip yang telah disiapkan. Benar
salah, tidak dihiraukan kerana hukumannya telah ada, iaitu Anwar mesti
dipenjarakan. Anwar mesti disimpan dalam penjara. Demikian kehendak
orang nombor satu.
Apabila Mahathir dipanggil ke Mahkamah sebagai saksi, Hakim Augustine Paul tidak membenarkan. Kenapa?
Memerangi Rasuah Menerima Padah
Isu
utama sehingga Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjara adalah kerana dia
memerangi perbuatan rasuah dan penyelewengan di dalam kerajaan BN.
Bagaimana dia tahu rasuah dan penyelewengan itu berlaku? Pertama, Anwar
sudah 16 tahun duduk dalam Kabinet.
Bermula
dengan jawatan rendah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
selepas beliau memenangi Pilihanraya Umum tahun 1982. Kemudian, beliau
memegang pelbagai jawatan menteri.
Dari
Menteri Belia, Sukan dan Kebudayaan, Anwar kemudian memegang jawatan
Menteri Pertanian, Menteri Pendidikan dan akhirnya Menteri Kewangan.
Beliau kemudian menjadi Timbalan Perdana Menteri dan pernah memangku
jawatan Perdana Menteri buat beberapa ketika.
Ertinya Anwar pernah berada di koridor kuasa begitu lama dan pernah duduk di tampuk kekuasaan itu untuk beberapa ketika.
Mana Bukti Anwar Rasuah Wang?
Kalau Anwar sendiri berlaku rasuah, sudah tentu senang sahaja Mahathir heret dia ke mahkamah dan dakwa Anwar.
16 tahun
dalam kerajaan, bukannya tempoh yang pendek. Rasuah itu macam bangkai.
Bangkai berbau. Rasuah juga berbau. Beranikah Anwar memerangi rasuah
jika dia sendiri rasuah? Orang yang duduk di rumah kaca tidak berani
membaling batu ke rumah jirannya.
Orang
Melayu berkata, menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri. Tetapi
Anwar begitu tekad melawan rasuah. Kerana dia tidak duduk di rumah kaca
dan dulangnya kering bersih tak ada air. Kalau dia menepuk dulang tak
ada air yang terpercik ke mukanya.
Salahkah Mempertahankan Marwah Diri?
Tuduhan
rasuah yang dikenakan ke atas Anwar sehingga 6 tahun terpenjara adalah
kerana dakwaan kononnya beliau menyalahgunakan kuasa polis untuk menukar
pengakuan Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda.
Peguambela
Anwar, Raja Aziz Addruse berkata di mahkamah, apa salahnya seseorang
yang tidak berbuat salah melakukan usaha untuk menjaga nama baiknya dan
membersihkan dirinya yang tidak bersalah itu dari difitnah dan dicemar?
Semua
orang yang benar akan mempertahankan marwah dirinya apabila nama dan
maruahnya diperhina dan dimalukan. Demikian kata peguam terkenal itu.
Malah, Mahkamah Tinggi itu diberitahu bahawa Anwar tidak pernah
mengarah-arah pihak Polis bagaimana untuk melakukan kerjanya. Anwar
sekadar membuat laporan polis akan tohmahan dan fitnah ke atas dirinya.
Kenapa Mahathir Dan Konco-Konconya Marah
Mana
wang yang Anwar telah kebas dan selewengkan jika beliau melakukan rasuah
selama menjadi menteri dan orang nombor dua dalam kerajaan? Tidak ada.
Tetapi
Anwar mempunyai rekod yang banyak tentang kes rasuah dan penyelewengan
menteri-menteri dalam kerajaan. Ini yang menjadikan orang-orang UMNO dan
BN, terutama Mahathir dan konco-konconya, begitu marah kepada Anwar.
Anwar dituduh cuba membuka pekung di dada mereka.
Cara Anwar Mendapat Maklumat Tentang Penyelewengan
Bagaimana
Anwar boleh mendapat akses akan segala dokumen dan laporan salahlaku
rasuah dan penyelwengan itu. Ada dua saluran sebenarnya. Anwar telah
dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kabinet tentang Penyelewengan di
dalam kerajaan.
Kedua
Anwar juga menjadi pengerusi Jawatankuasa Disiplin UMNO (Baru). Apakah
fungsi PengerusiJawatankuasa Kabinet menentang penyelewengan di dalam
kerajaan?
Salah
satu ialah Anwar menerimasegala macam aduan, komplen, laporan tentang
kesalahan rasuah dan penyelewengan pegawai-pegawaikerajaan dari yang
kecil hingga setinggi-tingginya, termasuklah menteri-menteri dan Perdana
Menteri sendiri.
Tembelang Rasuah Menteri-Menteri BN Terdedah
Sebab
itulah Anwar tahu sangat akan rasuah yang dilakukan oleh Daim Zainuddin,
Rafidah Aziz, Rahim Thamby Chik, Eric Chia, dan Mahathir sendiri. Anwar
juga tahu rasuah yang didakwa berlaku ke atas Ketua Polis Negara ketika
itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor, Ketua EPU waktu itu, Tan Sri Ali Abul
Hassan, yang kini jadi Gabenor Bank Negara.
Anwar juga dapat aduan akan tuduhan rasuah Peguam Negara sekarang, Tan Sri Mohtar Abdullah.
Anwar
juga mendapat maklumat rasuah Samy Vellu dan Ling Liong Sik. Malah,
rasuah Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dan penyelewengan PM
berhubung perniagaan anak-anaknya semua berada dalam pengetahuan Anwar
Ibrahim.
Termasuk aduan rasmi kepada BPR akan tiga orang anak PM yang memiliki lebih 200 buah syarikat.
Rasuah Di Kalangan Pemimpin Umno
Tidak
itu sahaja. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Umno, Anwar Ibrahim
juga menerima bermacam-macam laporan dan aduan tentang perlakuan rasuah
pemimpin-pemimpin Umno dari ahli-ahli Umno sendiri. Seperti diketahui
umum, perebutan kuasa dan jawatan dalam Umno sangat sengit.
Masing-masing semuanya ada kes rasuah dan penyelewengan, yang selama ini
orang di luar Umnohanya dapat mengagak secara rambang sahaja.
Tetapi
dalam proses perebutan jawatan Umno yang sengit di peringkat Cawangan,
Bahagian apatah lagi Majlis Tertinggi, maka bertaburlah bukan sahaja
surat-surat layang, tetapi laporan-laporan sah dan benar akan kes-kes
rasuah yang dilakukan oleh orang-orang Umno,terutama yang memegang
jawatan kerajaan.
Wabak Rasuah Yang Menjolok Mata
Dengan
sumber-sumber maklumat dari pelbagai aduan serta laporan, maka begitu
jelas rasuah sudahketerlaluan dalam kerajaan BN. Perbuatan rasuah itu
telah melibatkan wang negara dan rakyat bernilai beribu-ribu juta
ringgit. Anwar akhirnya merasakan gejala itu tidak boleh dibiarkan
berterusan. Maka Anwar pun bertindak.
Apabila
Mahathir tidak ada dalam negeri kerana bercuti, Anwar mengambil
kesempatan membentangkan Akta Pindaan Pencegahan Rasuah 1997. Adakah
tindakan Anwar itusalah?
Adakah
Anwar merugikan negara? Adakah Anwar menjadi agen asing kerana
membentangkan pindaan Akta Pencegahan Rasuah itu? Adakah Anwar
mengkhianati bangsa, agama dan negara kerana berbuat demikian?
Sanggup Terima Risiko
Adakah
Anwar tidak sedar bahawa Mahathir akan marah kerana dia membawa pindaan
itu ke Parlimen ketika Mahathir tidak ada dalam negeri? Anwar sedar.
Kalau
Anwar jenis penakut menurut perintah macam Abdullah Ahmad Badawi, maka
Anwar tentu tidak akan berani buat demikian. Tetapi Anwar berani
mengambil risiko.
Yang utama baginya ialah perbuatan jahat mesti dihapuskan. Negara dan rakyat mesti diutamakan.
Pindaan Akta Pencegahan Rasuah 1997
Bolehkah
menghapuskan rasuah sekadar menghantar memorandum dan membuat
usul-susul dalam seminar sahaja? Bolehkah membanteras rasuah sekadar
menjerit-jerit sahaja? Hantar memorandum dan menjerit itu pun penting.
Tetapi
membuat perubahan radikal dalam undang-undang adalah saluran yangtepat.
Inilah yang Anwar telah lakukan. Rasuah tidak boleh ditentang sekadar
dengan pujuk rayu dan ugut-ugut sahaja? Tidak boleh.
Oleh
kerana negara berjalan atas dasar hukum dan undang-undang, jadi
undang-undang rasuah itu mesti diperkuatkan, diperluaskan bidang
kuasanya dan dijadikan senjata yang berkesan untuk memerangi gejala yang
merosakkan itu. Inilah yang Anwar telah lakukan. Untuk itu, beliau
dipecat, diseksa, dituduh dan kini dipenjarakan.
Bijak Mengambil Kesempatan
Selepas
pindaan Akta Pencegahan Rasuah 1997 itu dibentangkan oleh Anwar di
Parlimen dan diluluskan, rakyat semakin yakin akan komitmen Anwar.
Ini satu
kejayaan politik Anwar. Memang Anwar pandai mengambil kesempatan ketika
Mahathir tiada dalam negeri. Dia orang politik yang bertanggungjawab.
Pandai mencari kesempatan terbaik untuk bertindak. Dia bukan pengikut
membuta tuli. Tetapi kesempatan yang dia ambil itu untuk keburukan atau
kebaikan negara?
Kes Skandal Perwaja Ke Parlimen
Tetapi
tidak itu sahaja. Selepas pindaan Akta Pencegahan Rasuah 1997 itu
diluluskan, kemudian sekali lagi ketika Mahathir tiada dalam negeri,
Anwar bertindak lagi. Kali ini, dia membentangkan laporang perbuatan
rasuah dan penyelewengan dalam syarikat besi waja Perwaja milik
kerajaan.
Tan Sri
Eric Chia, yang menjadi kawan rapat Mahathir, yang memegang jawatan
Pengerusi Eksekutif Perwaja, telah melakukan rasuah dan penyelewengan
sehingga syarikat itu rugi hampir RM3,000 juta.
Tidak
itu sahaja, syarikat Perwaja, milik kerajaan, itu juga dibebankan dengan
hutang hampir RM7,000 juta. Kesemuanya hampir RM10 bilion dibebankan ke
atas kerajaan angkara rasuah dan penyelewengan dalam syarikat Perwaja
itu.
Mahathir Terlibat Dalam Skandal Perwaja
Anwar
dedahkan ini semua dalam Dewan Rakyat di Parlimen, bukan di kedai kopi
atau kelab-kelab. Apabila dia terpenjara, dari dalam penjara, Anwar
membuat laporan polis secara rasmi, dengan dikepil dua pucuk surat
Perdana Menteri kepada Eric Chia berhubung perjalanan syarikat Perwaja
tersebut.
Surat-surat
itu menunjukkan secara jelas betapa Mahathir sendiri terlibat melakukan
salah jenayah dalam pengurusan Perwaja kerana menyalahi perjalanan dan
prosedur urusan kewangan kerajaan. Ertinya penyalahgunaan kuasa telah
berlaku.
Mahathir terlibat sama melakukannya.Negara rugi beribu juta. Eric Chia masih bebas.
Mahathir
masih bebas. Tetapi Anwar dibelenggu di penjara Sungai Buloh! Anwar
dedahkan ini di Parlimen ketika dia bebas, dan dari dalam penjara ketika
kebebasannya dirampas, Anwar masih melawan terus.
Perwaja Mercu Tanda Rasuah Dan Penyelwengan Mahathir
Anwar
cukup tahu apabila beliau membawa ke Parlimen akan penyelewengan Perwaja
dengan laporan lengkap dari syarikat akaun Price Waterhouse, Mahathir
tentu marah. Kalau Anwar penakut dan sayangkan jawatan menteri dan TPM,
buat apa dia cari penyakit?
Lebih
baik diam. Bila Mahathir dah turun nanti, bolehlah buat sesuatu
kemudian. Tetapi Anwar tidak boleh tunggu lama lagi. Perbuatan rasuah
dan penyelewengan itu mesti ditentang. Itu komitmennya.
Idealisme Melawan Rasuah Sejak Muda
Sekarang
Anwar telah dipenjara 6 tahun. Perbicaraan kedua ini kalau Hakim masih
tunduk kepada Perdana Menteri, maka akan ditambah lagi hukuman penjara
ke atas Anwar. Anwar telah mendedahkan dirinyakepada bahaya di penjara
lebih lama apabila beliau membuat laporan polis dari penjara.
Dokumen-dokumen
yang dikepilkan oleh Anwar tentang kesalahan rasuah dan penyelewengan
Mahathir, Daim Zainuddin, Rafidah Aziz dan Rahim Thamby Chik itu
semuanya dikelaskan sebagai rahsia rasmi. Anwar boleh didakwa melanggar
Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Hukumanya
penjara mandotori. Ertinya risiko terpenjara lebih lama sentiasa berada
di atas kepala Anwar. Tetapi bekas Timbalan Perdana Menteri itu, bekas
Presiden ABIM, bekas pemimpin pelajar, Anwar lakukan ini semua kerana
perjuangan hidupnya sejak muda untuk membanteras rasuah dan
penyelewengan.
Manifesto BN Satu Retorik Politik Saja
Jadi
ternyata Manifesto BN dalam pilihanraya 1995 yang berbunyi Berwawasan,
Adil dan Efisien itu adalah satu retorik politik sahaja. Tiada wawasan
sekiranya pemerintahan sesebuah negara itu penuh dengan rasuah dan
penyelwengan.
Tiada
keadilan sekiranya yang rasuah dan menyeleweng tidak dihukum, sebaliknya
yang memerangi perbuatan rasuah dan penyelewengan dipenjarakan.
Tiada
sebuah kerajaan yang efisen sekiranya rasuah dan penyelewengan berakar
umbi dalam birokrasi pentadbiran dan meluas dikalangan Jemaah
Menterinya.
Sumber: johorborn.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.