Followers

Monday, December 10, 2012

Apa?? 300 Ribu Masyarakat India Tiada IC Biru Lagi..- Posted by Addin Deen

KUALA LUMPUR 10 Dis: Kerajaan diberi amaran supaya segera selesaikan masalah 300,000 masyarakat India tiada kad pengenalan (IC) biru, walaupun telah menetap lama di negara ini.

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, tindakan menafikan hak rakyat yang sememangnya layak mendapat taraf kerakyatan adalah bertentangan dan memungkiri hak asasi.

Katanya, ia adalah perkara yang serius kerana mengundang pelbagai masalah kepada kaum itu. “Kita menggesa kerajaan agar hentikan diskriminasi terhadap mereka dan selesaikan segera perkara ini.

“Sebagai penduduk yang dilahirkan dalam negara dan menetap di sini berpuluh-puluh tahun, sepatutnya mereka secara automatik diberi kewarganegaraan.

“Penafian ini bukan sahaja memberi masalah kepada mereka, tapi juga untuk anak-anak apabila tidak dapat bersekolah kerana bukan warganegara. Mereka juga tidak memperoleh perkhidmatan dan faedah seperti masyarakat lain kerana masalah ini,” katanya selepas menyerahkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Jalan Duta, hari ini.

Ia dibuat berhubung permohonan tiga warga India iaitu Letchumy Suppiah, Sarojini Kothandu dan Mala Kothandu mengenai taraf kewarganegaraan mereka.

Permohonan yang ditujukan kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan itu bertujuan untuk menuntut ganti rugi dan pampasan akibat penafian hak mereka seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.

Turut hadir, Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya dan Timbalannya, S Jayathas serta Penasihat Lawyers For Liberty, Eric Poulsen.

Surendran turut menempelak kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan kononnya masalah masyarakat India yang tidak mendapat kad pengenalan hanya sejumlah 9,000 sahaja, dan masalah tersebut selebihnya telah diselesaikan.

“Angka 9,000 yang disebut Najib tidak diyakini, kerana angka tersebut diambil berdasarkan kempen My Daftar yang dibuat oleh mereka semata-mata.

“Sedangkan jumlah sebenar yang terkumpul mengikut kajian kita lakukan adalah seramai 300,000 orang. Jadi bagaimana boleh hanya 9,000 sahaja?” soalnya. ~kd

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.