"Mana lebih baik kita ‘mendoakan’ supaya Tuhan memberikan ‘hidayah’ kepada musuh-musuh politik atau minta Tuhan melaknat mereka yang kita musuhi? Jangan mengaku beriman kalau kulit saja Islam.Kata ‘sengal’ muka kerepot, kenapa nak emosi sangat bila bencikan orang sampai lebih-lebih?Rileklah bro. Cuba kita cerminkan muka kita.Satu jari menunjuk pada orang, 3 lagi tunjuk diri sendiri. Kalau Tuhan nak hapuskan Anwar, ‘kun faya kun’, hancur macam Firaun. Sebab itu saya sudah berhenti serang Anwar.Macam-macam buku saya sudah tulis, dia makin kuat.Suka hati Tuhan lah kalau dia nak jadikan Anwar Ibrahim Perdana Menteri selepas Najib; saya siapa?", tanya Pak Habib.
"Tidak
ada manusia yang sempurna melainkan Nabi Muhammad SAW.Bumi mana yang
tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelombang, masakan tak
ada yang baik tentang manusia yang kita sudah label sebagai
musuh.Sebagai contoh Anwar Ibrahim; kenapa takut dia jadi Perdana
Menteri, bukankah dia TPM semasa Tun Mahathir jadi PM?Lagi pun dia di
buang, bukan dia bakar jambatan seperti Rais Yatim," ujarnya lagi.
Pak
Habib juga menyalahkan media BN yang setiap hari membesarkan nama Anwar
menerusi laporan buruk menyebabkan orang ramai makin simpati dan suka
pada Anwar Ibrahim.
"Siapa Anwar Ibrahim; semua orang kenal, lebih popular dari Agung atau Perdana Menteri. Mana lebih baik: berzikir dan sebut nama Allah, berselawat ke atas Nabi SAW; pagi, petang, siang dan malam; atau mengingati nama Anwar Ibrahim yang setiap hari di TV arus perdana? Salah siapa rakyat teringat dan cinta kan Anwar Ibrahim kalau bukan media arus perdana B.N?"
"Kenapa Anwar Ibrahim saja kita heret ke mahkamah, kenapa orang yang terlibat dengan kes Altantuya bebas macam itu saja?Di mana keadilan?Sebab itu ramai yang sokong parti Keadilan dan baca akhbar Keadilan.Hishamuddin Rais telah letak ‘benchmark’ bagaimana nak jadi penulis yang berani," terang Pak Habib lagi yang kini sedang memuncak namanya menerusi buku terbaru Setan Syaitan Sultan yang menjadi kontroversi . Pak Habib juga pernah menggemparkan dengan buku Challenger: Siapa Lawan siapa yang menjadikan Musa Hitam kepanasan.
Pak Habib merupakan salah seorang penulis yang konsisten. Sentiasa muncul dengan buku-buku politik panas membara. antara buku-buku beliau sebelum ini Revoulusi Istana dan Rakyat, Lima Raja Terakhir, Talqin Untuk UMNO, Wanita takhta dan Kuasa dan banyak lagi.
Tulisan terbaru di blognya berjudul: Antara Janda Baik dan Janda Jahat: ANWAR PERDANA MENTERI
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.