SUMPAH bukan perkara asing bagi dunia Melayu. Ia sudah menjadi sebahagian daripada nilai dan sejarah zaman berzaman.
Benar atau salah sumpah Mahsuri, Kedah mula bangkit selepas tujuh
keturunan selepas kematiannya difitnah. Dalam sastera Melayu klasik,
Hikayat Marakarma mencatatkan bagaimana Maharaja Angkasa Indera Dewa
atau Betara Angkasa Indera Dewa turun dari Kayangan ke dunia bersama
isterinya tanpa kebenaran Betara Guru, akibatnya, mereka disumpah
menjadi sepasang suami isteri yang miskin dan melarat dibenci orang.
Antara kisah sumpah paling popular ialah kisah si Tanggang. Si Tanggang
lakonan Jins Shamsudin telah menidakkan Si Deruma sebagai ibunya dengan
angkuh, lantas berdoalah ibu tua itu kepada tuhan, “Oh, Tuhan!
Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya.”
Semena-mena sahaja langit bertukar gelap, laut bergelora dan malanglah
nasib Si Tanggang dan anak kapalnya menjadi batu.
Begitu juga halnya dengan makhluk yang terkenal dengan gelaran sebagai
Sang Kelembai. Makhluk berupa gergasi yang menghuni di hutan ini
mempunyai kesaktian menyumpah orang yang ditegurnya menjadi batu.
Manifestasi ‘kewujudan sang kelembai’ ini boleh dilihat melalui batu
berbentuk gajah di Batu Gajah, Perak dan Gua Mat Sirat di Kampung
Kepayang Ipoh.
Ini cuma sekelumit kecil kisah sumpah dan sumpahan yang popular dan
dekat dalam masyarakat kita. Takkan selesai kalau diceritakan semuanya
di sini.
Manifestasi sumpah
Daripada 1001 kisah sumpah yang kita dengar, ia memanifestasi sebab dan
akibat, ia menggambarkan persepsi negatif yang kebanyakannya menuju
derita. Ada yang menjadi batu, ada yang jadi miskin, ada disumpah
menjadi padang jarak padang terkukur, ada yang karam di tengah lautan.
Mungkin daripada mengadaptasi kisah klasik ini, ada pihak cuba mengubah
persepsi negatif sumpah kepada positif seadanya. Malah, ia sering diguna
sebagai senjata murahan untuk menabur fitnah.
Biarpun, kebenaran sumpah yang dilafaz bukanlah mutlak. Di zaman ini,
penyumpah akan jadi popular. Dia tidak akan mati seperti Mahsuri yang
dihukum bunuh. Malah diangkat pula sebagai wira.
Bagaimanapun, kisah
Saiful Bukhari bersumpah laknat bertahan hanya beberapa bulan. Maklum
sahajalah, rakyat Malaysia lebih percayakan fakta daripada ‘gosip liar
dan tidak masuk akal’. Lidah tak bertulang bak kata orang tua.
Sumpah jembalang, Hantu Raya
Satu hal lain selain sumpah yang tidak janggal buat masyarakat kita
ialah bab hantu dan jembalang. Sudah barang tentu jembalang ini tidak
akan terbeli dengan BR1M 2.0 dan Klinik 1Malaysia. Maka, untuk mendapat
khidmat mereka, si tuan perlulah menyeru mereka untuk didampingi.
Tentu sekali persekongkolan si tuan atau bomoh dengan entiti ghaib itu
perlu diikat dengan janji agar tercapai maksud di hati, agar terbuka
jalan yang tertutup. Maka, bila sudah terjalin batin bersama batin,
kalau tidak diturut janji, maka akan binasalah badan dimakan sumpah.
Disebabkan saya memang menjadi peminat hardcore karya hebat
penulis genre seram Malaysia era 80-an seperti Tamar Jalis dan Tok Awang
Ngah (Dharmala N.S), tidak salah kiranya dikongsi mantera ‘sumpah Hantu
Raya’ yang boleh dijadikan tauladan buat kita. Bunyinya begini;
“Hai, anakku si Hantu Raya
Pergi dan menghantuilah (sifulan-sifulan)
Jika kamu tidak pergi makan hati dan perutnya,
Musnahkan. Makanlah hati dan perutnya,
Aku sumpah kau,
Engkau menderhaka kepada Allah,
Engkau menderhaka kepada Rasulullah,
Engkau menderhaka kepada aku.”
Pergi dan menghantuilah (sifulan-sifulan)
Jika kamu tidak pergi makan hati dan perutnya,
Musnahkan. Makanlah hati dan perutnya,
Aku sumpah kau,
Engkau menderhaka kepada Allah,
Engkau menderhaka kepada Rasulullah,
Engkau menderhaka kepada aku.”
Sumpah Najib-UMNO
Jadi, apabila Najib bersumpah pada Persidangan Agung UMNO (PAU)
baru-baru ini, saya dapat mengukur sejauh mana ‘kemasinan’ sumpah Najib.
Bait sumpahnya berbunyi seperti berikut;
“Saya selaku Presiden UMNO, bersama-sama Timbalan Presiden serta
seluruh saf kepimpinan parti, bersumpah dengan nama Allah dan Rasul-Nya,
berikrar dan berjanji, terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus
memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus
memelihara agama Islam.”
Inilah contoh sumpah manusia yang penakut. Sumpah Najib ini tidak
lengkap kerana tidak diikat dengan janji seperti, “kalau saya dan saf
kepimpinan UMNO melanggar sumpah, Allah laknatlah kami, Rasul laknatlah
kami.”
Mungkin Najib berasa tercabar apabila orang Melayu semakin mendominasi
politik Malaysia dengan penyertaan menggalakkan beralih kepada PAS, PKR
malah DAP. Apapun, Najib tidak perlulah bersumpah sedemikian rupa untuk
meyakinkan agar rakyat kembali ke pangkuan UMNO.
Tak perlu bersumpah-sumpah
Najib tak perlu bersumpah. Cukuplah dengan hanya mengotakan janji
transformasi beliau yang masih lopong dan goyah. Mana dia transformasi
politik? Mana dia transformasi undang-undang?
Malaysia masih terbelenggu
dengan hegemoni kaum dan agama. Rakyat masih ditakut dan dikelirukan
dengan peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
Ini tidak lain untuk melihat orang Melayu yang baik budi ini terus
bertaut dengan tongkat sakti UMNO agar tanpa UMNO, orang Melayu akan
hilang arah, gila atau tenggelam dan lupus dimamah zaman?
Apapun, sejarah mengajar kita agar tidak tertipu lagi. Maaf buat UMNO,
orang Melayu makin dewasa dan matang. Malaysia harus diselamatkan
daripada pimpinan rakus yang berselindung di balik songkok tinggi, keris
bersilang maupun baju Melayu.
Perjuangan menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara bangsa yang unggul dan harmoni perlu dijulang. Ibarat
sumpah pendekar; “Pantang undur walau setapak, pantang maut sebelum
ajal.” Ayuh, Malaysia harus kita bebaskan daripada pembodohan. – Oleh:
Hafiz Zainuddin
Siapa Setan, siapa Syaitan dan
siapa pula Sultan? InsyaAllah Ta'ala, kalian dapat membedakan antara
tiga watak tersebut setelah kalian membaca buku "Setan, Syaitan Sultan",
oleh Syed Hussein Al-Attas aka S.H. ALATTAS aka Pak Habib.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.