Desakan
itu disuarakan Pengerusi Sekretariat Bantahan Penambakan Pantai Teluk
Kemang, Shaharudin A Talib dalam pertemuan dengan Ketua Pengarang, Ahmad
Lutfi Othman, pada 15 Disember lalu, yang meminta Harakah membangkitkan
isu ini secara lebih meluas.
Shaharudin
bersama Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri
Sembilan, Muhammad Saufi dan jurugambar Abd Ghaffar Alias, menemani
Ahmad Lutfi dan keluarga, yang kebetulan bercuti di Port Dickson,
menaiki bot untuk meninjau keadaan Usul tidak percaya Najib di Parlimen
Ada rahsia besar di Teluk Kemang?pantai Teluk Kemang.
Pantai
landai dan cantik, yang sering dikunjungi, khususnya oleh penduduk
sekitar dan warga Lembah Klang itu bukan sahaja bakal tercemar teruk,
malah boleh membahayakan, jika kecerunan pasir yang ditambak menjadi
dalam disebabkan hakisan dan kitaran alam.
Kebimbangan
itu ternyata berasas. Penambakan pantai Batu 4 dan Batu 5 Port Dickson,
tidak jauh dari Teluk Kemang, telah mengubah kedalaman cerun dan
merekodkan banyak nyawa pengunjung terkorban.
Penyaluran
air kumbahan yang tidak dirawat ke dalam laut juga dibantah keras.
Bukan sahaja menganggu ketenteraman orang ramai yang mahu menikmati
mandi laut, malah hasil pendapatan nelayan setempat terjejas teruk
apabila ikan-ikan lari ke lokasi lain.
Shaharudin
bersama rakan-rakannya, termasuk peniaga kecil pantai dan pengusaha
bot, kayak serta jet ski, tidak tinggal diam.
Beliau pernah mengadakan
sidang media khas di Parlimen dan membawa isu ini ke pengetahuan Menteri
Besar Negeri Sembilan, melalui demonstrasi di hadapan Wisma Negeri, di
Seremban, akhir Oktober lalu.
“Saya
lebih terkejut apabila dimaklumkan kawasan perairan berdepan stesen
penyelidikan Sains Marin, Universiti Putra Malaysia di Teluk Kemang ini
sudah dimiliki orang persendirian, begitu juga kawasan hutan di hujung
tanjung,” kata Ahmad Lutfi, yang berhasrat mahu mendapatkan maklumat
lebih lanjut sebelum membuat laporan khas mengenainya dalam Harakah akan
datang.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.