Mazlan Aliman menulis dalam F/Booknya : 5 hari demam, terubat dan
berasa lega hari ini apabila saya menerima borang PAS dari 78 orang
yang sebahagian besarnya bekas pemimpin dan ahli Umno dari Felda Bkt
Permai.
Ketua penaja PAS Cawangan, En Kamal Hamzah mewakili yang lain2
menyerahkan borang kepada saya sambil disaksikan Yang DiPertua PAS
Kawasan Kulaijaya, Sdr Hisham Mohd Zin dan Ketua Dewan Pemuda, Sdr Ahmad
Tabrani.
Ia disusuli takbir yang bergema beberapa kali mengiringi peristiwa bersejarah tersebut.
Hampir 90% peratus yang menyertainya adalah orang muda berusia antara
25-50 tahun. Ada dikalangan mereka dulunya adalah samseng Umno
'berdengung' yang menghalang PAS daripada apa jua aktiviti.
Kini, kata mereka, kami dah tobat. Kami mahu mati dalam Perjuangan Islam!
Majlis diselangi dengan sumbangan peralatan sekolah kepada hampir 100 pelajar dari Felda Bkt Permai dan Kg Murni Jaya.
Tetapi yang masuk Umno adalah jauh lebih ramai lagi dan lebih berumur ....lihatlah paparan Utusan Meloya berikut :
Al-Husseyn


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.