Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon
membongkarkan 10 taktik kotor UMNO/BN untuk terus berkuasa di tanahair
kita.
Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) merupakan satu persimpangan sejarah
penting bagi semua rakyat Malaysia yang sedang berdepan dengan
keangkuhan kuasa UMNO/BN lebih daripada 55 tahun.
Keinginan rakyat berjuang untuk perubahan di Malaysia semakin kuat. Rakyat mahu selamatkan Malaysia daripada masalah politik, ekonomi, sosial serta pendidikan yang kian hari kian serius. Kehidupan rakyat juga dalam keadaan yang susah di mana beban yang semakin berat.
Dalam PRU13, sebanyak 13,052,374 pengundi yang akan menentukan masa depan negara kita.

Samada negara kita akan mengembalikan hak kepada
rakyat, banteras rasuah dan menubuhkan Malaysia yang baru yang
berasaskan dengan prinsip kebebasan, demokrasi dan hak asasi manusia.
Sebagai seorang pengundi yang bijak maka perlu didedahkan dengan pelbagai maklumat yang tepat. Oleh itu, semua pengundi perlu mengetahui 10 taktik kotor yang seringkali dipergunakan oleh UMNO/BN sejak dulu lagi agar tidak tertipu lagi.
Taktik KOTOR 1: Tidak Berupaya Bezakan Negara dan Parti.

Sebagai balasan perjuangan kemerdekaan, UMNO/BN telah rampas tanah
rakyat dengan terang-terang. 24 keping tanah komersial di Selangor telah
dijual dengan RM1 persegi menunjukkan keangkuhan kuasa yang ada pada
UMNO/BN.
Taktik KOTOR 2: Salahguna Kuasa Untuk Kepentingan Politik.
Taktik KOTOR 2: Salahguna Kuasa Untuk Kepentingan Politik.
Bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan menuduh Menteri Dalam Negeri campur
tangan politik ke atas pasukan polis. Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM) dipergunakan untuk menyiasat badan bukan kerajaan NGO SUARAM yang
menfailkan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene di Mahkamah
Perancis.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menukar dan memindah
kakitangan awam di negeri-negeri pentadbiran Pakatan Rakyat untuk
menjejaskan urus tadbir kerajaan negeri. Semua adalah contoh salahguna
kuasa yang bercanggah dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan.
Taktik KOTOR 3: Politik Perkauman.
Taktik KOTOR 3: Politik Perkauman.
Walupun negara telah merdeka lebih 55 tahun, tetapi UMNO/BN masih
mewarisi politik ‘pecah dan perintah’ yang diamalkan oleh penjajah
British. Dengan politik perkauman sempit seperti kuasa orang Melayu
tergugat dan Insiden Mei 13 mungkin berulang yang dibawa oleh PERKASA
dan Pemuda UMNO, maka konsep 1 Malaysia hanya menjadi satu slogan kosong
yang tidak bermakna sahaja.
Taktik KOTOR 4: Politik Wang.
Taktik KOTOR 4: Politik Wang.
Presiden MCA Chua Soi Lek menyatakan bahawa politik wang bukan rasuah.
Keluarga PM Najib Razak terlibat dalam projek Kementerian Pertahanan
yang melibatkan sebanyak RM100 juta. Ketua Menteri Musa Aman yang
terlibat secara langsung dalam RM40 juta wang seludup. Kesemua ini hanya
merupakan sebahagian kecil politik wang dan rasuah UMNO/BN. Kredibiiti
dan kewibawaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bankrap.
Taktik KOTOR 5: Penipuan dalam Pilihanraya.
Taktik KOTOR 5: Penipuan dalam Pilihanraya.
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) didapati
adalah ahli UMNO. Senarai pengundi yang tidak bersih serta mempunyai
pengundi hantu. Media tidak bebas, masa kempen terlalu singkat serta
peraturan yang berat sebelah. Walaupun BERSIH 2.0 telah mendesak
kerajaan untuk menjalankan reformasi sistem pilihanraya tetapi tiada
perkembangan yang positif.
Taktik KOTOR 6: Akta Zalim Menindas Hak Asasi.
Taktik KOTOR 6: Akta Zalim Menindas Hak Asasi.
Walaupun PM Najib Razak berjanji untuk mansuhkan Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO), tetapi diganti dengan dua akta
yang terus membenarkan kerajaan membuat penahanan tanpa perbicaraan.
Akta Hasutan, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Akta
Perhimpunan Aman adalah akta-akta zalim yang dijadikan alat kepada
UMNO/BN untuk mencabuli hak asasi rakyat.
Taktik KOTOR 7: Menguasai Media dan Putar-Belit.
Taktik KOTOR 7: Menguasai Media dan Putar-Belit.
Utusan Malaysia, TV3 dan RTM yang dikuasai oleh UMNO/BN telah menjadi
alat politik untuk menyerang Pakatan Rakyat. Liputan yang berat sebelah
serta putar-belitkan sesuatu isu telah menyebabkan media massa tersebut
hilang kredibiliti dan profesionalisme. Media massa tersebut juga tidak
berupaya membuka minda masyarakat umum.
Taktik KOTOR 8: Fitnah dan Aibkan Pembangkang.
Taktik KOTOR 8: Fitnah dan Aibkan Pembangkang.
Tuduhan fitnah yang sering dibuat oleh UMNO/BN ke atas Pakatan Rakyat
seperti hasut rakyat guling kerajaan melalui demonstrasi atau belajar
dari Arab Spring, melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan
sebagainya. Peserta demonstrasi didakwa membawa senjata atau menyerang
polis adalah taktik kotor UMNO/BN yang tipikal.
Taktik KOTOR 9: Budaya politk samseng dan ganas.
Taktik KOTOR 9: Budaya politk samseng dan ganas.
Banyak ceramah umum Pakatan Rakyat telah diganggu dan diserang oleh
penyokong UMNO/BN. Politik samseng seperti baling batu, rosakkan banner,
bakar bendara parti serta SMS ugutan sering diamalkan oleh UMNO/BN yang
tidak berani untuk berdebat atau berhujah. Puak samseng tersebut masih
bermaharajarela sampai hari ini.
Taktik KOTOR 10 Alih Fokus dan Tipu Helah.
Taktik KOTOR 10 Alih Fokus dan Tipu Helah.
Apabila ditentang kuat oleh masyarakat sivil seperti BERSIH 2.0 dan
Himpunan Hijau, UMNO/BN akan mengalih fokus untuk meredakan bantahan
daripada masyarakat umum.
Dalam isu Lynas, kerajaan UMNO/BN sanggup
menipu rakyat dengan menyatakan produk sisa radioaktif akan dihantar
keluar ke luar negera walaupun dilarang oleh Waigani Convention. Kesemua
ini adalah tipu helah UMNO/BN.
Oleh itu, AMK menyeru kepada semua pengundi khasnya pengundi baru mesti mengetahui 10 taktik KOTOR UMNO/BN. Jangan kita terpedaya dengan manfaat segera yang berjangka masa pendek atau terperangkap oleh UMNO/BN yang telah pecah amanah yang diberikan oleh rakyat.
Marilah kita bersatu untuk menolak politik perkauman dan UMNO/BN untuk mendirikan sebuah Malaysia Baru yang bebas, adil dan demokrasi.

LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.